Sinopsis Drama Hati Perempuan





Hati Perempuan
Hati Perempuan

Sinopsis Drama Hati Perempuan – Drama terbaru slot akasia Tv3 yang diadabtasi daripada novel hati perempuan yang membintangkan dua pelakon utama Syarul Ridzwan sebagai hero dan Mia Ahmad memegang watak heroin sebagai Yuhanis. Drama Hati Perempuan ini sedang ditayangkan di TV 3 setiap hari isnin sehingga khamis pada pukul 7 – 8 malam.

Sinopsis Drama Hati Perempuan

Pengalaman lalu mengajar Yuhanis tentang erti perbezaan taraf hidup. Akhirnya Yuhanis menjadi seorang wanita yang terlalu berhati-hati dan mementingkan rasional berbanding emosi. Kerana sikapnya itu, dia terlepas pandang terdapat insan yang menyayanginya dalam diam.

Namun, pemberian kotak kecil berbalut rapi dengan ikatan reben berwarna keemasan tanpa nama penerima amat mengejutkan Yuhanis. Bertambah tidak percaya apabila kata-kata lamaran
disertakan sebentuk cincin yang ada di dalam kotak kecil tersebut datang daripada sang pria terhangat di pasaran.

“Kenapa ni?” – Tengku Zaril.
“This is yours?” – Yuhanis.

“Adakah saya nampak macam lelaki yang memakai cincin perempuan? You must be joking.” – Tengku Zaril.
“Saya tak bergurau tapi tengku yang bergurau!” – Yuhanis.

“I proposed you, Cik Yuhanis.” – Tengku Zaril.

Kata orang cinta itu bukan sekadar ucapan, tetapi jika tidak diungkapkan, ia juga tidak akan lengkap dengan sendirinya. Jika cinta tidak diluahkan, ia tidak akan ke mana-mana. Jika cinta
hanya sekadar luahan, ia menjadi kosong dan tidak bermakna.

“Just say ‘yes’ and we’ll begin.” – Tengku Zaril.
“Takkan semudah itu.” – Yuhanis.

Lalu… Mampukah cinta yang harus memiliki itu dapat dirasai oleh Yuhanis dan Tengku Zaril?

Atau mungkin Yunanis masih ada kesangsian cinta Tengku Zaril terhadap dirinya?

Sumber : Sinopsis Hati Perempuan

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.