Jika Hidup Ini Pahit





doa
doa

Jika Hidup Ini Pahit Agama Manisannya.. Jika Hidup ini Sempit Doa Melapangkanya.. begitulah kata-kata yang diungkap oleh salam muslim seperti yang digambarkan diatas dan sememangnya kata-kata diatas amat benar bagi mereka yang beriman kerana doa itu merupakan salah satu cara kita berhubung dengan Pencipta kita Allah SWT.

Berkisah pasal DOA seperti yang kita tahu tak semua doa kita diterima ALLAH SWT dan kebanyakannya adalah berpunca dari kita sendiri yang sentiasa lupa dengan ALLAH. Kita hanya ingat pada Pencipta kita bila kita dalam kesusahan mahupun kesedihan disitulah kesilapan kita.

DOA yang paling baik sebenarnya adalah ketika kita berasa selesa, ketika kita dalam kesenangan, ketika kita dalam kebahagian itulah sepatutnya waktu kita berdoa.

Salah satu punca mengapa doa kita tidak diterima adalah kerana memakan makanan yang HARAM. Haram tak semestinya makanan yang tidak halal sebaliknya punca makanan itu sendiri. Dari mana kita dapat makanan tersebut. Dari mana kita dapat duit untuk membeli makanan tersebut.

Sedang melepak depan tv melayan anak buah saya terdengar ceramah agama tentang doa yang tidak diterima. Pernah salah seorang anak sahabat nabi memakan buah yang diperoleh dari zakat yang mana tidak sepatutnya dimakan oleh beliau dan disebabkan buat tersebut tidak sepatutnya dimakan oleh anaknya salah seorang sahabat nabi tersebut telah mengorek mulut anaknya untuk memuntahkan semula buah tersebut. Begitu beliau menjaga pemakanan anak beliau dari memakan makanan yang HARAM baginya untuk makan.

Oleh itu sama-samalah kita menjaga pemakanan kita dari memakan makanan yang HARAM dan sentiasa berdoa ketika kita senang agar DOA kita diterima oleh ALLAH SWT ketika kita sedang bersusah kelak.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.