Rezeki Si Penjual Burger









burger

Rezeki Si Penjual Burger – Semalam shift kerja malam start kul 9 malam sehingga 7 pagi tadi.. sedang bekerja tetiba perut rasa lapar dan berdekatan tempat kerja ada satu kedai burger dan hanya satu-satunya kedai makanan yang berdekatan buka pada waktu malam dekat dengan tempat kerja.

Rehat seketika mintak member tolong cover sat sementara nak beli burger. Singgah di gerai burger terus order burger daging speacial. Memalam makan daging special mana tak bolat.

aku : bang daging speacial satu
tokey : ok..

sedang kusyuk tengok abang tu masak sempat paling kiri kanan ternampak seorang lelaki lingkungan umur 30-40 kusut duduk bersila ditepi jalan berseorangan.

aku : bang awat tu duk situ berjam-jam dari tadi.. (perasan waktu masuk kerja tadi)
tokey : bukan berjam dari semalam lagi kat situ..

aku : bang.. burger 1 lagi buat sama..
tokey : takpe abg mmg dah buat 2 utk dia skali..

walaupun orang tu duduk jauh dari gerai dia tapi tak lokek dia sedekah walaupun hanya sebiji burger.. lepas aku order datang lagi beberapa orang order burger.. murah rezeki dia.. aminnn…

Daripada Abdullah bin Amru RA, bahawasanya seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah SAW, “Apakah amalan yang terbaik dalam Islam?” Baginda bersabda, “Memberi makan makanan dan memberi salam kepada orang engkau kenal dan orang yang engkau tidak kenali”.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.