Hiking di Bukit Alam Damai, Cheras









permandangan jerebu
permandangan jerebu

Hiking di Bukit Alam Damai, Cheras – Jerebu tidak menghalang kitaorang dari mendaki Bukit Alam Damai, Cheras. Bermula dari perancangan pada minggu lepas akhirnya terlaksana pada pagi sabtu lepas sesudah subuh kitaorang berkumpul di pandan jaya sebelum bertolak ke Cheras.

Tak sampai 30 minit perjalanan kitaorang tiba di Kaki Bukit Alam Damai, Cheras. Tanpa membuang masa kitaorang terus parking di kedai mamak berhampiran (selamat sikit) dan terus mendaki bukit alam damai.

Hiking di Bukit Alam Damai, Cheras
Hiking di Bukit Alam Damai, Cheras

firsttime mendaki bukit alam damai kitaorang taktau sangat jalan so main redah jela kat mana ada jalan atau tanda kitaorang ikut je sehinggalah terserempak satu group pakcik makcik polis sempat la juga berborak dan bergosip dengan mereka kat sini. Rupa-rupanya mereka pun firsttime juga so taktau sangat jalan ingat nak ajak mereka naik lagi tapi mereka letih dah katanya tunggu kitaorang kat sini jela.. hehe..

Teruskan perjalanan mendaki sesekali was-was gak sebab tumbuhan sekeliling tumbuh tinggi dari kitaorang tapi alang-alang dah mendaki kitaorang redah gak walaupun kaki dah gatai-gatai (padan muke pakai sluar 3/4)

hiking bukit alam damai
hiking bukit alam damai

sambung perjalan merentas rimbunan daun-daun meredah hutan beberapa kali was-was tapi kitaorang tetap teruskan perjalanan akhirnya sampai juga ke puncak. Rupa-rupanya Bukit Alam Damai bercantum dengan Bukit Besi di Sungai Besi ohh baru tau.. kalu tak mendaki sampai atas kesudah taktau bukit ni bercantum rupanya.

tak tunggu lama rehat sebentar terus cari jalan balik almaklumlah lepas mendaki perut dah bergendang. Seperti biasa bila nak balik tak jumpa jalan pulang hahaha sekali lagi kitaorang redah ikut jalan yang pernah dilalui ikut ja asalkan turun bukit sudah la.. akhirnya kitaorang jumpa tempat kitaorang singgah sewaktu naik tadi.

gym atas bukit
gym atas bukit

jangan tak percaya atas bukit pun ada gym ok.. bukan hanya ada tempat berehat dan tempat untuk makan malah ada juga dumble untuk mereka yang suka bina badan. Berehat 10 minit untuk bersenam dan bergambar kitaorang terus menuruni bukit menghala ke Central Market untuk makan Nasi Beriani Tajudin antara nasi beriani terbaik di Kuala Lumpur yang telah bertapak bertahun-tahun dari gerai tepi lorong sehinggalah wujudnya Restoran Nasi Beriani Tajudin.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.