Mara Digital Kini Dibuka Low Yat 2





Mara Digital
Mara Digital

Mara Digital Kini Dibuka Low Yat 2. MARA DIGITAL menempatkan 38 Usahawan IT yang akan memasarkan pelbagai jenis produk IT di bawah satu bumbung. Pembayaran bil internet dan sebagainya boleh di buat di Empat Syarikat telekomunikasi seperti CELCOM, MAXIS, DIGI & UMOBILE yang juga turut membuka kaunter pembayarannya di sini.

Pusat ICT Bumiputera pertama atau nama barunya, MARA DIGITAL telah dirasmikan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Menara Majlis Amanah Rakyat (Mara) pagi tadi.

nampak gayanya Low Yat dah ada persaing dan persaingan itu sesuatu yang baik kepada pengguna kerana pengguna dapat memilih barang yang lebih berkualiti dengan harga yang lebih murah.

Terletak di Tengah Kuala Lumpur dan berhampiran SOGO ternyata salah satu lokasi yang sesuai untuk shopping. Perempuan ke Sogo dan Lelaki ke Mara Digital haa.. sesuai sangatt..

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.