Pendaftaran Baru BR1M 2016 Kini Dibuka





br1m

Pendaftaran Baru BR1M 2016 Kini Dibuka. Sebarang permohonan baru boleh dibuat Secara Daftar Online dan Kemaskini Permohonan Br1m juga boleh dibuat secara online bermula 5 Disember 2015 bagi memastikan permohonan BR1M 2016 anda dapat diproses dengan sempurna. Beberapa maklumat peribadi perlu dikemaskini bagi melancarkan proses pembayaran BR1M 2016.

 SYARAT KELAYAKAN
* Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
* Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
* Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
* Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah

Kemukakan Salinan:
* MyKad bagi pemohon; dan
* MyKad / MyPR / MyKid / Sijil Lahir / Pasport bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan)

Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.

Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) TIDAK LAYAK untuk memohon BR1M 2016 bagi kategori Bujang.

Untuk Memohon Boleh Layari Website LHDN eBR1M

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.