Permohonan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia PPA1M





Permohonan dan Syarat Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia PPA1M. PPA1M adalah satu skim rumah mampu milik untuk penjawat awam. Program ini telah dilancarkan pada awal tahun 2013 berikutan keputusan Jemaah Menteri pada 30 Januari 2013 dan 27 Mac 2013 yang bersetuju supaya dikaji inisiatif untuk membolehkan penjawat awam terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana membeli rumah khususnya di bandar-bandar utama.

Permohonan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia PPA1M

Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia PPA1M
Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia PPA1M

OBJEKTIFPerumahan Penjawat Awam 1Malaysia PPA1M (PPA1M) adalah satu skim rumah mampu milik untuk penjawat awam yang menekankan kepada keselesaan dari aspek saiz, rekabentuk, kualiti, lokasi dan harga rumah yang bersesuaian bagi penjawat awam.

Syarat Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia PPA1M :

1. Permohonan hanya terbuka kepada anggota
* Perkhidmatan Awam Persekutuan
* Perkhidmatan Awam Negeri
* Badan Berkanun Persekutuan
* Badan Berkanun Negeri
* Pihak Berkuasa Tempatan

2. Semua penjawat awam dari kesemua gred jawatan boleh memohon
3. Warganegara Malaysia
4. Penjawat awam yang telah berpencen dan kontrak juga layak memohon
5. Boleh memohon lebih dari satu projek pada satu-satu masa, namun pemohon boleh ditawarkan salah satu projek sahaja bagi setiap isi rumah (sekiranya berjaya)
6. Moratorium selama 10 tahun akan dikenakan dimana rumah yang dibeli tidak boleh dipindah milik atau dijual tanpa kebenaran kerajaan kecuali kepada waris terdekat seperti suami/isteri atau anak-anak.

Bagi Permohonan Online Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia PPA1M anda boleh layari Portal PPA1M

 UPDATE : Anak pesara kerajaan kini berpeluang untuk membeli rumah mampu milik di bawah Skim Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Walaubagaimana pun permohonan dalam talian masih belum dikemaskini atau butiran lanjut mengenai ini masih belum diketahui. Nantikan kemaskini laman Portal PPA1M

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.