Sinopsis Drama Tersuka Tanpa Sengaja





Sinopsis Drama Tersuka Tanpa Sengaja
Sinopsis Drama Tersuka Tanpa Sengaja

Sinopsis Drama Tersuka Tanpa Sengaja. Drama terbaru adaptasi novel Tersuka Tanpa Sengaja karangan Pena Kayu yang di bintangi oleh Amar Baharin, Emma maembong, Amyra Rosli dan Hafreez Adam akan ditayangkan di Astro Ria Setiap Isnin hingga Khamis pukul 10.00 malam. Drama ini mempunyai 16 episod

Sinopsis Drama Tersuka Tanpa Sengaja

Nama saya Syed Arif. Panggil saya doktor Syed. Kalau nak
panggil doktor Arif pun boleh. I don’t
mind actually. As long as I will always remain in your heart. (Sambil
melemparkan senyuman menggodanya. Jadi silalah tergoda. Kepada yang tak tergoda
tu, nanti DR SA mandrem!)
Susur galur
keluarga? Jangan tertipu. Syed di depan nama saya tu tak bermaksud saya ni ada
keturunan arab. Langsung tak ada. Emak saya kata, dulu jiran dia Pak Arab. Jadi
Pak Arab yang baik hati itu dengan sukarela tolong beri nama
saya. Ironi tak?

Macam mana saya dapat gelaran MR FOREVER ALONE ?

Armand ‘ngok ngek’ tu punya pasal. Adakah patut
dia pergi jaja cerita saya single selama lima tahun pada semua staff hospital.
Lepas tu mulalah timbul gosip baru kata saya dengan dia gay. Adoiii.. Tak ada
pasal, cari pasal Armand tu. Nanti saya cincang-cincang dia dan jadikan
meatball!

Saya romantik? Excuse me, saya manusia paling tak romantik. Geli tekak dan tali
usus saya ni. Please, cerita-cerita
romantik tu sila ‘syuuhhhh’ jauh-jauh. Kalau ada orang tak puas hati, saya tak
kisah. This is me. Doktor Syed Arif, a
specialist surgeon who just dislike those romantic scenes.

^^ Nota doktor Syed Arif ^^

1) Tak sengaja TERjumpa
pelukis gedoboh yang biasa-biasa saja.

“You nak calarkan kereta I lagi, kan?”

2) Malam itu, TERjumpa lagi ‘objek’ pelik tu.

“Sekarang
I boleh nampak hidung you ni agak kembang. Mata pun agak sepet. Kelopak mata
cukup-cukup makan. Rahang pula tak cukup tinggi.”

3) Selang beberapa hari, TERjumpa lagi. Haih.. Asyik TERjumpa
saja. Kebetulan yang sangat aneh. Jadi saya nekad kata macam ni.

“Farhah, would you like to be my
girlfriend?”

4) Selepas itu, kami TERcouple selama tiga
hari. Kenapa tiga hari? Sebab perjanjian kami begitu. Jangan tanya kenapa dan
bagaimana. Baca kisah kami ni.

5) Selepas berpisah, TERkasihan pula dengan ‘objek’ pelik tu. Payah macam ni!

6) Akhir sekali tak sengaja TERtanya soalan dekat bawah ni. Nak
tarik balik, macam sudah terlambat. TERpaksalah
diteruskan juga.

“Dengan nama Allah, I nak minta tangan you
untuk jadi isteri I dan sebagai pelengkap keluarga I.”

Maaf ya, cerita kami bukan cerita kahwin
kontrak. Saya mengaku saya bukan suka pada Farhah ketika saya jabat tangan Kadi
tu. Tapi itu bukan tiket untuk saya sia-siakan Farhah.

Saya pun bukan lelaki yang ada skandal dekat
luar sana. Cuma orang saja yang buat saya macam ada skandal. Sebenarnya tak
pun. Malah, saya seorang penyayang. Farhah saja yang takut nak terima.

Saya pun tak tahu sebab apa. Agaknya sebab dia
dah tahu perangai buruk saya kut. Alamak.. Seru sudah sampai nampaknya ni. Wajib
ubah perangai!

Kalau nak tahu kisah saya yang di label MR
FOREVER ALONE, yang telah TERSUKA TANPA SENGAJA pada seorang pelukis
biasa-biasa, rajin-rajinkan diri jengah Ilham, Group #kerjatulismenulis dan
juga blog PK.

Sumber : Karangkraf

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.