Terima Derma Lebih 2 Juta Pounds









derma
derma

Terima Derma Lebih 2 Juta Pounds. Dalam sehari aku terima lebih dari 3 email yang menyatakan keinginan mereka untuk menderma kepada aku (taktau la sebab hensem ke sebab baik sangat) sekiranya tak derma pun mesti ada menang hadiah yang bernilai puluhan ribu mahupun ratusan ribu ringgit Malaysia.

bukan sehari dua ja tapi dah bertahun-tahun aku terima email sebegini so dah menang tak kesah sangat sebab dah tau teknik PENIPUAN BUDAK SEKOLAH mungkin tidak berkesan bagi aku tapi siapa tahu anda, sedara anda, keluarga anda mungkin menjadi mangsa mereka dek kerana nilai $$ yang ditawarkan kepada anda CUKUP untuk membuatkan hati anda BUTA seketika.

penipuan email
penipuan email

dalam masa beberapa jam sahaja 2 email telah diterima. tak perlu tidur untuk bermimpi jadi jutawan aku sudahpun bergelar jutawan segera. hahaha. Berhati-hati untuk klik sebarang email atau link yang diberikan terutamanya yang melibatkan akaun bank anda kemungkinan ada 3rd party atau website klon dibina untuk melicinkan duit dalam akaun anda.

Elakkan diri anda dari ingin menjadi kaya dengan mudah tanpa berusaha kerana anda merupakan mangsa yang dicari oleh mereka yang suka MENIPU.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.