Akibat Kaki Bola Terbang RM1500





Akibat Kaki Bola Terbang RM1500. Bermulanya episod baru bola sepak Malaysia apabila kebanyakan pasukan mula membeli pemain import yang terbaik dan mempunyai stadium sendiri dan antara pasukan yang banyak membangun adalah pasukan kegemaran saya Johor Darul Takzim JDT yang telah bergelar JUARA AFC Cup.

semakin teruja apabila game yang ditunggu-tunggu Piala Sumbangsih lepas melibatkan 2 pasukan hebat Johor dan Selangor merasakan tv 32 inci tidak lagi menarik untuk menonton bola sepak. Tanpa buang masa minggu lepas sebelum game sepak mula JDT dan Selangor terus ke kedai elektrik memilih tv baru untuk menyaksikan bola tapi agak sedikit kecewa apabila harga dan design tv yang dipamerkan beberapa kedai tidak menarik perhatian.

tv 43

Tidak berpuashati keesokan harinya selepas menonton perlawanan Piala Sumbangsih 2016 yang memihak kepada JDT sepakan penalti 7-6 (seri 1-1) sekali lagi meneruskan misi mencari tv baru yang lebih besar agar dapat menonton bola sepak dengan lebih puas.

Akhirnya selepas beberapa kedai singgah jumpa juga tv panasonic 43 inc dengan harga yang berpatutan dan  menarik untuk menyaksikan perlawanan bola sepak musim 2016 yang dijangka lebih menarik dari tahun sebelum-sebelum ini.

kaki bola punya pasal akhirnya beli juga tv besar untuk tengok bola.. lepas ni sapa tackle tak mengaku aku nampak jangan tipu wooo hahaha..

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.