600 Kerja Kosong Pegawai Imigresen





600 Kerja Kosong Pegawai Imigresen. Terkini sebanyak 600 kekosongan yang diperlukan bagi mengisi jawatan Pegawai Imigresen gred KP17 di Jabatan Imigresen Malaysia. Mencari individu untuk menyertai perkhidmatan awam yang mempunyai ciri-ciri cepat, tepat, integriti, produktif, kreatif, taat setia kepada organisasi dan bersifat sedia membantu.

600 Kerja Kosong Pegawai Imigresen merupakan antara pencarian pegawai imigresen KP17 terbesar yang pernah dibuka bagi mengisi kekosongan. Bagi mereka yang berminat dengan jawatan penguatkuasa atau yang beruniform anda dipelawa untuk memohon jawatan ini.

suruhanjaya perkhidmatan awam SPA
suruhanjaya perkhidmatan awam SPA

Pendaftaran permohonan jawatan adalah sepanjang masa dan hanya diterima melalui online sahaja. Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume tidak diperlukan. Tempoh sah laku permohonan adalah satu tahun. Urusan pengambilan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan yang dilaporkan oleh Kementerian/Jabatan dan hanya calon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temu duga.

Permohonan perlulah dibuat sebelum 27 Mac 2016 (Ahad) jam 11.59 malam.

Bagi mereka yang belum mendaftar sila layari laman sesawang SPA atau lihat pada IKLAN KERJA KOSONG

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.