Akibat Kepanasan Melampau





Akibat Kepanasan Melampau. Sudah beberapa bulan cuaca panas melanda Malaysia yang paling ketara mereka yang duduk di belah utara terutamanya Perlis dan Kedah yang mana cuaca panas mencecah 42 darjah celcius menyebabkan beberapa empangan takungan air hampir kering.

gunung terbakar
gambar hiasan

Di Kuala Lumpur walaupun hampir setiap hari hujan turun ternyata cuaca masih panas seperti biasa dan kadang-kadang cuaca lebih panas dari biasa sehingga badan boleh menjadi lemah dan tidak sihat.

 Bukan anda sahaja yang terasa dengan cuaca yang panas ini bahkan tumbuhan turut terkena tempias. Kebanyakan tumbuhan dirumah mulai layu dan mati akibat dari kepanasan yang melampau. Walaupun banyak kali siram tapi still tak dapat nak menahan cuaca panas yang melanda Malaysia.

pokok layu kepanasan

Anda dinasihatkan minum air yang telah dimasak bagi memastikan cecair dalam tubuh adalah mencukupi dan elakkan pakaian berwarna gelap, tebal dan ketat. Selain itu elakkan dari aktiviti luar rumah sekiranya tidak perlu bagi mengelakkan anda kerap berpeluh seterusnya menyebabkan tubuh akan kekurangan cecair anda akan mudah merasa letih dan tidak bertenaga.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.