Cara Tingkatkan Pendapatan Google Adsense





Cara Tingkatkan Pendapatan Google Adsense. Sejak kebelakangan ini google adsense mula mendapat tempat dalam blog di Malaysia sejak bermulanya penerimaan google adsense terhadap blog Bahasa Malaysia. Kebanyakan blog mula mendaftar sebagai publisher adsense dan mengorak langkah untuk meningkatkan pendapatan melalui adsense.

Google Adsense merupakan antara syarikat pengiklanan yang membayar dengan kadar yang tinggi selain kadar pertukaran matawang yang tinggi USD sebagai pembayaran iklan. Beberapa tips dikongsikan oleh pihak adsense dan admin sendiri bagi meningkatkan jumlah pendapatan google adsense anda.

google adsense

Cara Tingkatkan Pendapatan Google Adsense

  1. Lokasi Iklan – Lokasi iklan memainkan peranan penting kerana lokasi yang mudah dilihat adalah lokasi yang paling mudah untuk mendapat klik dari pembaca yang berminat dengan iklan tersebut. Antara lokasi yang mudah dilihat adalah lokasi di atas sidebar, tengah artikel, leader banner on top.

2. Pageview – Bukan sahaja jumlah pelawat malah jumlah pageview juga penting kerana setiap pageview akan dikira dan menambah jumlah pendapatan blog anda. Antara yang membantu penambahan pageview adalah related post, top post, new post dalam blog.

3. Responsive ads – Kenali blog anda sebelum meletakkan iklan. Sekiranya kebanyakan pelawat yang datang adalah melalui peranti mudah alih anda digalakkan menggunakan Responsive Ads yang bertindak mengikut kesesuaian dan bentuk blog anda.

4. Kenali Pengunjung Blog Anda – Kenali minat pengunjung blog anda melalui artikel pilihan. Lihat pada artikel yang menjadi pilihan pembaca lebih kepada kategori apa dan perbanyakan artikel kategori tersebut untuk menarik lebih banyak pembaca.

5. Edit Type Ads – Login adsense anda dan pergi ke My ads lihat pada Edit ad type dan pilih Text & display ads untuk lebih banyak pilihan kepada advertiser dan lebih banyak iklan akan ditawarkan kepada blog anda.

diharap dengan adanya tips diatas dapat membantu sedikit sebanyak menambahkan pendapatan blog anda. pendapatan adsense saya sudah meningkat sedikit dari sebelum ini selepas mencuba beberapa tips diatas.

Selamat mencuba kepada anda.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.