Pendaftaran Permohonan Online Rumah Selangorku





Pendaftaran Permohonan Online Rumah Selangorku. Dasar Perumahan Negeri Selangor yang utama adalah untuk merialisasikan matlamat ‘Satu Keluarga Satu Kediaman Yang Sempurna’. Ini adalah bagi memastikan setiap rakyat atau keluarga mempunyai tempat tinggal yang baik, selesa dan selamat untuk didiami. Kerajaan Negeri telah memperkenalkan satu konsep perumahan yang baru iaitu Perumahan Mampu Milik atau “Affordable Homes” yang memberi lebih keselesaan sama ada dari segi saiz, rekabentuk mahupun komunitinya.

Kini Rumah Kos Rendah, Rumah Kos Sederhana Rendah, Rumah Kos Sederhana dan Rumah Mampumilik dikenali sebagai Rumah Selangorku.

Pendaftaran Permohonan Online Rumah Selangorku

rumah selangorku1. Apakah syarat-syarat kelayakan untuk memohon rumah ?

Syarat kelayakan untuk memohon rumah adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas;
    2. Pendapatan minimum bagi permohonan Rumah Selangorku Jenis B, C dan D ditetapkan RM3001.00 sebulan;
    3. Pendapatan isi rumah (suami dan isteri) tidak melebihi RM3,000-00 sebulan sahaja dibenarkan permohonan Jenis A manakala pendapatan isi rumah melebihi RM 3,001-00 sebulan sehingga RM10,000 sebulan dibenarkan permohonan Jenis B, C dan D;
    4. Sekiranya pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 3,000-00 sebulan adalah dibenarkan juga membuat pilihan Jenis B, C atau D. Bagi pendapatan isi rumah melebihi RM 3,001-00 sebulan, permohonan Jenis A tidak dibenarkan;
    5. Pemohon hanya dibenarkan membuat pilihan 1 jenis rumah sahaja sama ada jenis A, B, C, atau D semasa membuat permohonan
    6. Pemohon atau pasangan belum memiliki rumah sama ada melalui projek kerajaan atau swasta di Selangor;
    7. Permohonan pindahmilik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dari Perjanjian Jual-Beli dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri ;
    8. Pembelian rumah untuk didiami dan bukan untuk disewa.
    9. Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun. Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih SENARAI MENUNGGU akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon RUMAH SELANGORKU

2. Bagaimanakah cara untuk mendaftar bagi permohonan rumah secara online ?

Pemohon boleh mendaftar secara ‘online’ atau muat turun borang permohonan di laman web LPHS http://lphs.selangor.gov.my

3. Apakah dokumen yang diperlukan bagi permohonan rumah ?

Pemohon perlu mengemukakan dokumen-dokumen berikut semasa menghantar borang permohonan:

* Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan;
* Salinan kad pengenalan atau sijil kelahiran anak-anak/tanggungan;
* Salinan Surat Nikah/Daftar Perkahwinan/Surat Cerai/Sijil Kematian pasangan;
* Surat Pengesahan bujang daripada majikan atau Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri bagi pemohon yang belum berkahwin;
* Penyata gaji terkini atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri;
* Surat akuan bersumpah daripada pesuruhjaya sumpah sekiranya pasangan tidak bekerja;
* Penyata KWSP (jika ada); dan
* Salinan bil air atau bil elektrik.

4. Berapakah harga rumah selangorku ?

Harga rumah adalah semurah RM 42,000 dan tidak melebihi RM250,000.00 seunit bergantung kepada jenis, keluasan, lokasi dan kemudahan-kemudahan tambahan yang disediakan.

5. Berapakah keluasan rumah selangorku ?

Keluasan rumah adalah diantara 700 kaki persegi(kp) hingga 1000 kaki persegi(kp) bergantung kepada jenis rumah.

6. Dimanakah lokasi rumah yang boleh dipohon?

Pemohon boleh menyemak senarai projek rumah yang boleh dipohon di laman web LPHS http://lphs.selangor.gov.my

Untuk Maklumat Lanjut Layari Laman Sesawang Sistem Pendaftaran Permohonan Hartanah Negeri Selangor

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.