Permohonan RUMAWIP Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan





Permohonan RUMAWIP Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan. Dasar Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) diwujudkan untuk menggariskan hala tuju serta dijadikan asas kepada pihak berkuasa tempatan dan juga pemaju dalam merancang serta membangunkan rumah mampu milik.
Perumahan adalah merupakan elemen yang kritikal dan penting di dalam pembangunan di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan). Ia juga bagi merealisasikan hasrat Malaysia mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Di dalam keadaan semasa di mana harga rumah yang tinggi dan kekurangan rumah harga murah, ini menyebabkan kebanyakan golongan berpendapatan rendah dan sederhana sukar untuk membeli dan memiliki rumah.
Dengan itu dasar Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) disediakan untuk merealisasikan Dasar Perumahan Negara dicapai di Wilayah Persekutuan di mana keperluan pemilikan rumah diasaskan kepada keperluan penduduk yang disandarkan kepada kemampuan untuk membeli dan membayar.

RUMAWIP
Sejumlah 80,000 unit rumah mampu milik akan dibina di Wilayah Persekutuan menjelang tahun 2020 di mana 50,000 unit akan dibangunkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 20,000 unit di Wilayah Persekutuan Putrajaya dan 10,000 unit di Wilayah Persekutuan Labuan.

Kriteria dan Syarat Permohonan Rumah mampu milik di Wilayah Persekutuan RUMAWIP

1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia berumur sekurang-kurangnya 21 tahun ketika permohonan dibuat.
2. pendapatan kasar isi rumah bagi pemohon individu *(bujang/tidak berkeluarga) hendaklah tidak lebih daripada RM 10,000 sebulan manakala berkeluarga (suami dan isteri) tidak lebih daripada RM 15,000 sebulan.
3. Keutamaan permohonan diberikan kepada pemohon yang belum memiliki rumah di Wilayah Persekutuan.
4. Keutamaan permohonan diberikan kepada pemohon yang bekerja atau bermastautin di Wilayah Persekutuan semasa permohonan dibuat.
5. Sekatan penjualan (moratorium) selama 10 tahun dikenakan di mana rumah yang dibeli tidak boleh dipindahmilik atau dijual tanpa kebenaran kerajaan kecuali kepada waris terdekat seperti suami / isteri atau anak-anak sahaja.
6. Pembeli hendaklah mendiami rumah yang dibeli dan tidak boleh disewakan.
7. Ketua isi rumah layak memiliki satu unit rumah mampu milik sahaja di Wilayah Persekutuan dan,
8. Pemohon tidak diisytiharkan muflis.

Permohonan Online Boleh Lihat di laman sesawang RUMAWIP

Garis Panduan Permohonan Rumah Mampu Milik

1. Selepas mendaftar, pemohon hendaklah mengemaskini Profil Peribadi mereka.
2. Apabila projek telah dibuka untuk permohonan, pemohon hendaklah mengemukakan permohonan secara online. Sila login sistem pendaftaran.
3. Sekiranya permohonan tersebut LAYAK DIPROSES, maka pemohon diminta mengemukakan dokumen sokongan berikut :-

–  Salinan Kad Pengenalan Pemohon
–  Salinan Kad Pengenalan Pasangan (Suami/Isteri)
–  Salinan Surat Nikah / Sijil Perkahwinan / Surat Cerai / Sijil Kematian
–  Penyata Gaji Terbaru Pemohon
–  Penyata Gaji Terbaru Pasangan
–  Penyata KWSP atau Penyata Cukai Pendapatan Pemohon
–  Penyata KWSP atau Penyata Cukai Pendapatan Pasangan
–  Salinan Bil Elektrik
–  Salinan Bil Air
–  Salinan Sijil Kelahiran Anak-anak / Tanggungan
–  Surat Pengesahan OKU Pemohon / Surat Pengesahan OKU Tanggungan (jika ada)
–  Surat Pengesahan Majikan Pemohon
–  Surat Pengesahan Majikan Pasangan
–  Salinan Geran / Salinan S&P harta yang dimiliki (jika ada)
–  Surat Akuan Sumpah
–  Cetak Borang Permohonan/Pendaftaran

Klik disini untuk muat turun Senarai Semak dan Surat Akuan Sumpah

4. Sekiranya permohonan LAYAK DIUNDI, maka Surat Jemputan menghadiri proses pengundian akan dihantar kepada pemohon melalui e-mel. Sila semak e-mel atau Daftar Masuk sistem untuk melihat status permohonan.Pemohon yang tidak dapat hadir, sila kemukakan Borang Pelantikan Proksi. Klik di sini untuk muat turun Borang Pelantikan Proksi.

5. Sekiranya Pemohon BERJAYA dalam proses pengundian, Surat Pengesahan akan dihantar melalui e-mel kepada Pemohon.

6. Senarai nama permohon yang berjaya akan diserahkan kepada PEMAJU yang terbabit untuk mengeluarkan Surat Tawaran Pembelian. Urusan seterusnya pihak Pemohon akan berurusan dengan Pemaju sehingga Pemohon berjaya menduduki rumah yang dipohon.

Untuk Maklumat Lanjut mengenai Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) layari laman sesawang RUMAWIP

MANUAL PERMOHONAN RUMAWIP

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.