Sambutan Hari Glaukoma Sedunia









Sambutan Hari Glaukoma Sedunia. Semalam 11 Mac ditempat kerja ada Sambutan Hari Glaukoma Sedunia 6 – 12 Mac berdekatan dengan tempat kerja terdapat pameran dan pemeriksaan mata dijalankan selain nasihat yang diberikan sepanjang hari sehingga 3 petang. Memang ramai orang beratur untuk mendapatkan pemeriksaan mata yang dijalankan secara percuma.

Terlalu ramai yang beratur sehingga tiada masa tak berani nak sertai takut-takut nanti ganggu kerja so aku hanya mampu melihat rakan-rakan lain buat pemeriksaan dan rasanya mata ini masih clear lagi sebab masih nampak ramai awek-awek comel lalu lalang sewaktu pemeriksaan. hahahaha

mata cantik

Tetiba singgah sorang sister berhampiran tempat kerja dan memberikan bag berisi ubat cecair mata dan beberapa lagi cenderahati dan nota. Rakan pun bertanya mengenai kandungan ubat yang diberikan dalam bag tadi.

member : sister ini guna mcm mana..
sister : macam air mata palsu.. bila kering letak laa..
member : oohhh…

aku : bukan untuk cuci mata ka.. nampak awek comel baru letak..
sister : cucuk mata kang.. hehe

aku dan member : hahahaha

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.