Aplikasi Kenalpasti Pencuri Handphone





Aplikasi Kenalpasti Pencuri Handphone. Menerusi aplikasi yang dikongsikan anda dapat mengetahui siapa atau rupa orang yang mengambil atau terjumpa handphone anda beserta lokasi berhampiran mereka apabila mereka cuba membuka lock atau patern lock pada handphone anda melalui email yang akan dihantar kepada anda. Email akan dihantar dalam masa 1 minit selepas percubaan membuka password handphone anda.

lockwatchgambar diatas merupakan contoh email yang dihantar kepada owner handphone apabila percubaan patern gagal selepas 2 kali percubaan. Gambar akan ditangkap melalui Kamera hadapan. Peace sebab tu gambar saya dah sempat posing sambil mencuba aplikasi ini.

Kebanyakan smartphone boleh mencuba aplikasi ini yang terdapat dalam playstore.

1. Pergi ke Playstore
2. Search Lockwatch (1st rank)
3. Install.
4. Buka Aplikasi
5. Send Alert Email (ON dan Aktifkan)
6. Pastikan email anda masih aktif untuk penghantaran gambar.

lockwatchSelamat Mencuba. Sekiranya kita lalai jangan tuduh orang mencuri sebaiknya cuba call terlebih dahulu beberapa kali. Elakkan dari viral sekiranya kita tidak pasti adakah benar mereka mencuri ataupun mereka terjumpa.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.