El Nino Senarai Sekolah TUTUP Esok





El Nino Senarai Sekolah TUTUP Esok. Kenyataan media Kementerian Pendidikan Malaysia berkenaan pengoperasian sekolah semasa fenomena El Nino dan gelombang haba bertarikh 21 April 2016. Pemantauan oleh kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terhadap cuaca kering dan panas yang melanda negara sekarang mendapati di kawasan bacaan di Negeri Perlis , Daerah Jerantut dan Daerah Temerloh di negeri Pahang sehingga hari ini 21 April 2016 telah mencatat bacaan suhu tertinggi melebihi 37c pada satu-satu masa dalam tempoh 3 hari berturut-turut.

Cuti Sekolah

Sehubungan itu KPM ingin memaklumkan bahawa semua sekolah di negeri Perlis, daerah Jerantut dan Daerah Temerloh di negeri Pahang akan ditutup selama satu (1) hari iaitu pada 22 April 2016 (Jumaat). Penutupan ini adalah sebagai langkah penjagaan kesihatan murid semasa cuaca panas ini. Penutupan ini akan melibatkan sejumlah 259 buah sekolah iaitu 68 buah sekolah menengah dan 191 buah sekolah rendah. Manakala jumlah murid terlibat adalah seramai 97,533 orang iaitu 91,862 orang murid sekolah menengah dan rendah serta seramai 5,671 orang murid prasekolah.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.