Kisah Si Pemuda dan Si Alim





Kisah Si Pemuda dan Si Alim. Siapa yang lebih buruk?

“Yang manakah yang lebih baik, seorang muslim yang banyak ibadahnya tetapi akhlaknya buruk atau seorang yang tidak beribadah tapi amat baik sikapnya kepada sesama manusia?”

“Subhanallah, kedua-duanya baik”, ujar si alim sambil tersenyum.

mengaji
“Mengapa boleh begitu?”

“Kerana orang yang tekun beribadah itu nanti mungkin akan dibimbing Allah untuk berakhlak mulia disebabkan ibadahnya. Manakala orang yang baik perilakunya itu, boleh jadi nanti akan dibimbing Allah untuk semakin taat kepadaNya.”

“Jadi siapa yang lebih buruk?” desak si pemuda.

“Kita, anakku”, ujar beliau.

“Kitalah yang selayak disebut buruk kerana gemar sekali menghabiskan waktu untuk menilai orang lain dan melupakan diri kita sendiri.”

Sambungnya lagi, “Sedangkan kelak, kita akan dihadapkan pada Allah dan dipersoal tentang diri kita, bukan tentang orang lain.”

Kredit : Aji Yusop

#‎bahagiandakwahjakim‬

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.