Sepetang Bersama Blogger SBB 2016 di Grand Campbell Hotel





Sepetang Bersama Blogger SBB 2016 di Grand Campbell Hotel. Alhamdulillah semalam telah selamatnya berlangsung event tahunan blogger SBB 2016 Sepetang Bersama Blogger 2016 bertempat di Dewan Grand Campbell Hotel berhadapan Sogo Mall yang turut dihadiri oleh pengiat media, para sponser, para business dan juga artis yang merupakan duta produk.

Jutaan terima kasih kepada Denaihati Network Sdn Bhd yang berkali-kali menganjurkan Sepetang Bersama Blogger SBB 2016 dan tidak jemu untuk menganjurkan event yang bermakna buat blogger bagi menambahkan networking selain menimba ilmu semasa berkaitan dengan media massa dan networking selain menjana pendapatan dengan menggunakan platform yang sedia ada.

sbb 2016Senarai Sponser Sepetang Bersama Blogger 2016

Tidak lupa terima kasih juga kepada semua sponser yang telah memberi sumbangan secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan event blogger ini. Tanpa anda event ini mungkin tidak sesempurna ini. Terima kasih banyak-banyak daun keladi lain kali sponser lagi :) hihihi..

Walaupun dalam keadaan yang tidak cukup tidur dan pening kepala aku tetap meneruskan niat untuk datang ke event yang julung-julung kali diadakan dan ini adalah pertama kali aku join Sepetang Bersama Blogger sejak ditubuhkan. Ternyata niat aku untuk datang teramatlah untung kerana dapat menuntut ilmu sedikit sebanyak dalam membentuk semula blog kearah yang lebih menguntungkan. Terima kasih rakan-rakan SEO yang tidak kedekut untuk berkongsi ilmu online.sbb 2016

Tidak lupa juga blogger-blogger yang sudi bertegur sapa dan selfie bersama. Alhamdulillah walaupun blog jiwarosak.com tidak banyak follower tapi masih ada yang mengenali walaupun tidak kenal empunya blog tapi still kenal nama jiwarosak pun sudah mencukupi.

The best part bila event bersama blogger ini bila semua pakat selfie depan, kiri, kanan, belakang semua pakat sibuk selfie aku yang duk meja tetengah relaks ja tengok depa selfie sebab kepala dah makin pening.. sesekali adalah yang lalu tegur dan tangkap gambar. Senyumkan ja walaupun niat di hati nak cari tempat untuk sandar sekejab.

sepetang bersama bloggerkredit to namiacinta.com

Dari pukul 7 pagi keluar rumah sehingga 7 malam sampai rumah bayangkan event sepetang bersama blogger dah boleh tukar nama Seharian Bersama Blogger. Agak keletihan bukan letih buat apa letih tengok telatah blogger gelak sorang-sorang tengok perangai depa tapi kamera atau handphone mesti kat tangan hehehe..

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.