Perkara yang Mengiringi Jenazah





Perkara Yang Mengiringi Jenazah. Ketika kamu mati, isteri kesayangan kamu balik, anak kamu balik, harta kamu balik, pangkat kamu balik, kereta kamu balik. Jadi siapa yang menunggu bersama kamu?

Perkara yang Mengiringi Jenazah

Daripada Anas RA  daripada Rasulullah SAW sabdanya,
“Tiga perkara yang mengiringi jenazah iaitu keluarganya, hartanya dan amalannya. Maka dua perkara akan kembali semula, yang tinggal bersamanya hanyalah amalannya.”

 3 AMALAN YANG TIDAK TERPUTUS PAHALANYA WALAUPUN SUDAH MENINGGAL DUNIA

عن أبي هريرة رضى الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث: صدقة جارية أو علم ينتفع يه أو ولد صالح يدعو له

Maksud hadis :

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.” (HR Muslim).

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.