Virus Zika, Gejala dan Cara Tangani





Virus Zika, Gejala dan Cara Tangani. Apa Itu Virus Zika ? Zika adalah virus yang disebarkan oleh nyamuk Aedes, yang juga menyebarkan denggi dan chikungunya. Gejala penyakit biasanya mengambil masa 2 hingga 7 hari selepas individu digigit oleh nyamuk Aedes Aegypti. Setakat ini tiada vaksin untuk merawat virus zika.

Virus Zika, Gejala dan Cara Tangani

Perkara yang perlu dilakukan sekiranya mengalami Gejala Zika
1. Dapatkan rawatan untuk melegakan kesakitan dan demam.
2. Banyakkan minum air masak.
3. Dapatkan tidur dan rehat yang cukup.
4. Pakai baju berlengan panjang dan labuh supaya tidak digigit oleh nyamuk aedes.
5. Sekiranya tanda-tanda semakin teruk atau berlaku komplikasi, segeralah dapatkan rawatan lanjut terutamanya bagi wanita hamil.

nyamuk denggiAntara Gejala Zika
1. Mata merah
2. Demam ringan
3. Sakit kepala dan sakit sendi
4. Ruam kulit
5. Kelesuan

Cara Mengelak Dari Dijangkiti
– Menjaga kebersihan persekitaran dan memusnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes dapat mengurangkan risiko jangkitan virus zika, chikungunya atau demam denggi.
– Buang air yang bertakung di dalam tayar-tayar buruk, alas pasu bunga, botol dan bekas yang menakung air.
– Tutup semua bekas tadahan air, sekiranya terpaksa menadah air, masukkan bahan pembunuh jentik-jentik.
– Pastikan sampah sarap dibuang kedalam beg sampah dan tong sampah yang bertutup rapat.
– Pakai seluar panjang dan baju lengan panjang.
– Gunakan repellen dan semburan aerosol serangga atau menghalau nyamuk.
– Gunakan skrin atau langsir yang telah dirawat racun serangga nyamuk untuk menutup tingkap dan pintu.
– Tidur di tempat yang dilindungi oleh kelambu.

Sumber : KKM

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.