Kenali Siapa Kawan Kita Siapa Musuh Kita





Kenali Siapa Kawan Kita Siapa Musuh Kita. Semua orang boleh jadi kawan kepada kita tapi berapa ramai diantara mereka benar-benar kawan kita dan berapa ramai diantara mereka hanya bermuka-muka untuk menjadi kawan kita. Macam mana kita mahu tahu dia sahabat sebenar atau tidak?

Kenali Siapa Kawan Kita Siapa Musuh Kita

sahabat
1- Saat kita buat salah, dia menegur dengan berhikmah dan tidak mengaibkan kita di hadapan orang.
2- Saat bergurau dan mengkritik, dia tidak berlebih-lebihan dan tahu batasan.
3- Saat gembira/senang, dia ada dekat dan saat sedih/susah dia lebih rapat.
4- Saat semua mencela/menuduh bukan-bukan, dia tidak mudah percaya dan akan bertanya secara peribadi untuk kepastian.
5- Saat kita terleka, dia akan mengingatkan dengan mengajak kita semua untuk sama-sama berusaha untuk lebih rapat dengan Tuhan dan melakukan kebajikan dan perkara-perkara kebaikan.
Semakin berusia, semakin kita kenal rupa-rupa manusia.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.