Tidak Berminat Lagi JJCM di Batu Feringgi





Tidak Berminat Lagi JJCM di Batu Feringgi. Semalam seharian sakan travel ke penang dari perak. Balik kampung ingat nak bercuti di perak tapi kebanyakan tempat dah pergi so tukar plan rehat sehari di perak dan keesokkan hari terus shot ke penang.

Tidak Berminat Lagi JJCM di Batu Feringgi

Harga Naik Feri sekali dengan kereta ingat cecah ratus rupanya murah ja RM7.70 sekali orang di dalam cuma kena beratur sikit la almaklum lah feri tu takda la besar mana nak sumbat beratus kereta. Parking kereta dalam feri terus keluar ambik udara nyaman laut memang best gila kena tiup angin sejuk dari laut sambil menghayati permandangan ke sebelah pulau.

1 Orang – RM 1.20
Basikal – RM 1.40
Motorsikal – RM 2.00
Beca/Roda tiga – RM 3.30
Motorkar – 7.70

Lori – RM 13.20 – 27.50 (4-6 Roda)

feri-pulau-pinangsampai-sampai terus ke padang kota lama nak cari ais kacang dengan rojak tapi kedai kat padang kota lama tutup so jalan kaki sikit ke medan selera berdekatan tepi laut. Cendol aiskrim dan pasembur jadi pilihan untuk makan pagi.

Lepas makan singgah sat di Penang Hills atau Bukit Bendera perjalanan dalam 30-40 minit jugalah. Memang ramai orang kat sana almaklumlah cuti sekolah dan cuti umum. Akhirnya ambik keputusan untuk tidak naik dan pergi ke Batu Feringgi yang 45 minit dari lokasi mengikut google maps.

Sampai kat batu feringgi penuh orang di sepanjang pantai. Sakan depa cuti macam-macam aktiviti ada di pantai jetski, banana boat.. Penat dan dahaga so kitaorang rehat dulu di kedai sambil order minum tetiba nampak kedai ada logo jalan-jalan cari makan sampai ke buku menu pun ada logo JJCM dalam hati kitaorang mesti sedap kedai ni so ambik peluang untuk rasa masakan kedai ni walaupun perut tak berapa lapar lagi..

sambil menunggu order sempat lagi kitaorang selfie tepi pantai

batu-feringgiNasi Goreng Kampung, Nasi Goreng Telur dadar bla bla bla.. ingat sedap lah sangat sebab logo JJCM terserlah kat banner dan buku menu tapi… nasi goreng minyak lebih rasa biasa, telur dadar kembang minyak ingat harga nasi goreng RM 7-8 sedaplah tapi hampeh.

Kedai sebelah jual air pun sama juga. Order Milo panas kasi Milo Ais, Order Air AsamBoi kasi Air Limau Asamboi katanya ni tulis kat kertas milo ais (dia yang tulis memang lah..) memang spoil mood orang betul baru nak rehat minda tepi pantai tapi jiwarosak terus kena macam ni.. adudu sungguh.

Lepas ni kena tengok dulu kedai ramai orang atau makanan orang lain sebelum order jangan tengok pada logo takut-takut terkena lagi. Alhamdulillah selamat sampai di Kuala Lumpur dengan penuh gambar di memori handphone kena tapis dulu sebelum upload ke instagram dan facebook. Silap upload kang kena printscreen naya ja.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.