Tips Bezakan Ais Air Masak atau Air Paip





Tips Bezakan Ais Air Masak atau Air Paip. Saat kita menghirup minuman yang terhidang pasti tidak terfikir oleh kita dari mana datangnya ais dalam minuman kita. Adakah kita pasti akan kebersihan pada ais yang diletakkan dalam minuman kita dan daripada manakah ais itu datang sebenarnya. Tidak lupa pada kualiti sebenar ais itu.

KETIKA enak menikmati minuman sejuk pada waktu cuaca panas terik atau masa lepak minum di kedai, pastinya setiap daripada kita terfikir, ais yang diletakkan dalam gelas itu guna air masak atau air paip?

Tips Bezakan Ais Air Masak atau Air Paip

ais-masak-dan-ais-mentah

Ada tips bagaimana membezakan ais air paip dengan ais air masak:

• Ais daripada air mentah berwarna putih kerana banyak gas yang masih terperangkap di dalamnya.

• Kebiasaannya ais yang dibuat daripada air mentah adalah ais blok yang digunakan untuk menyejukkan ikan atau daging di pasar.

• Ais daripada air masak pula akan kelihatan jernih kerana gas di dalamnya telah dilepaskan ketika merebus air tersebut. Ais ini dipanggil ais kristal.

• Ais kristal sudah banyak digunakan, ia berbentuk kiub dan berlubang, berlubang di tengah-tengah.

Sumber : SinarHarian

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.