Download Contoh Surat Sokongan





Download Contoh Surat Sokongan. minggu lepas tercari-cari kat mana contoh surat sokongan tak jumpa² nasib la kawan ada contoh kalu tidak mesti terkial kial nak buat surat sokongan untuk pergi interview.. so kat sini saya kongsikan cara nak buat surat sokongan untuk memudahkan anda semua kemudian hari..

Download Contoh Surat Sokongan

surat berhenti kerja blogger

Disini adalah contoh dan formet surat sokongan simple yang korang boleh tiru untuk mendapatkan kerja yang lebih baik, surat ini ditanda tangan oleh boss anda yang lama. Dinyatakan juga anda seorang pekerja yang baik dan boleh beri komitmen yang baik untuk kerja-kerja yang bakal anda lakukan kelak.

KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN;

Tuan,

SURAT SOKONGAN JABATAN BLOGGER MALAYSIA

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mohd Bin Amir, No. Kad Pengenalan ******-**-**** adalah pekerja di Jabatan Blogger Malaysia. Beliau berkhidmat sebagai Kaki Pukul di Bukit Bintang dari September 2012 sehingga sekarang.

3. Di sepanjang perkhidmatan beliau di bawah penyeliaan saya, beliau sentiasa menjaga tatatertib diri dalam melaksanakan tugas, sentiasa bekerjasama, patuh pada arahan yang diberikan dan disenangi oleh semua pihak. Saya yakin penuh dan tanpa ragu-ragu kepada kewibawaan beliau dalam menjalankan apa-apa tugas yang diberikan.

4. Saya menyokong apa-apa permohonan dan yakin beliau mampu menjalankan tugas dengan jayanya jika diberi peluang bekerja di dalam sektor perkhidmatan awam.

Sekian, terima kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(MAAF BIN KAMI)
Pengarah
Jabatan Blogger Malaysia

sekiranya masih tak dapat tangkap macam mana nak buat surat sokongan anda boleh Download Contoh Surat Sokongan

Download juga CONTOH RESUME TERBAIK

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.