Menunggang Kuda MURAH di Taman Tasik Titiwangsa





Menunggang Kuda MURAH di Taman Tasik Titiwangsa KL. Pagi tadi berkesempatan teman anak buah tunggang kuda di Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur (KL) yang diselia oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Harga yang ditawarkan kepada pengunjung sangatlah murah dan mampu ditunggang oleh semua warga kota mahupun warga luar.

Menunggang Kuda MURAH di Taman Tasik Titiwangsa

menunggang kudaBagi mereka yang berminat untuk menunggang kuda atau membawa anak untuk beriadah menaiki kuda dengan harga yang MURAH korang boleh pergi ke Taman Tasik Titiwangsa. Ada 2 pilihan yang boleh dibuat untuk menaiki kuda, yang pertama adalah menaiki seekor kuda dan yang kedua adalah menaiki kereta kuda. Korang boleh buat pilihan yang mana sesuai dengan keluarga korang tinggi, berat, umur yang mana sesuai untuk beriadah menaiki kuda.

Untuk mengambil gambar korang boleh minta penjaga/petugas yang mengiring kuda untuk berhenti seketika untuk anda mengambil gambar anak anda menaiki kuda. Mereka sama sekali tidak keberatan untuk berhenti bagi membolehkan anda untuk mengambil gambar kenangan.

Kadar Bayaran
Menunggang Kuda
Kanak-kanak : RM 1 seorang (satu pusingan)
Dewasa : RM 1.50 seorang (satu pusingan)

Menaiki Kereta Kuda
Kanak-kanak : RM 0.50 seorang (satu pusingan)
Dewasa : RM 1.00 seorang (satu pusingan)

Masa Perkhidmatan
1. Hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum
Sesi Pagi : 9 pagi – 12 t/hari
Sesi Petang : 3 petang – 6 petang

2. Cuti Semester Persekolahan
Sesi Pagi : 9 pagi – 12 t/hari
Sesi Petang : 3 petang – 6 petang

sewaktu cuti sekolah inilah masanya untuk kita beriadah mengiratkan lagi siratulrahim sesama keluarga disamping menjalani hidup yang sihat.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.