7 Perkara yang Perlu Dielakkan Selepas Makan





7 Perkara yang Perlu Dielakkan Selepas Makan. Orang bijaksana dahulu kala, bahkan para saintis dewasa ini sering mengatakan dan bersetuju bahawa anda adalah apa yang anda makan. Tidak kurang juga yang mengatakan bahawa punca kepada segala penyakit adalah dari perut.

7 Perkara yang Perlu Dielakkan Selepas Makan

makan free
makan free

pada artikel kali ini Persatuan Keselamatan Kuala Lumpur (PKPKL) ingin berkongsi sedikit maklumat mengenai amalan selepas makan yang patut dielakkan demi untuk kebaikan kesihatan para pembaca.

1. Jangan Makan buah Selepas makan – Ramai yang menganggap buah dijadikan sebagai pencuci mulut selepas makan. Tanggapan ini kurang tepat kerana makan buah sebaik sahaja selesai makan akan menyebabkan perut menjadi kembung kerana terlalu banyak air. Jesteru, lebih baik makan buah satu jam sebelum makan atau dua jam selepas makan.

2. Jangan Minum Teh selepas Makan – Asid yang terkandung di dalam daun teh boleh menyebabkan kandungan protein di dalam makanan yang telah dimakan akan segera mengeras yang mana ia akan mengakibatkan makanan tersebut sukar dicernakan. Jadi anda disarankan agar minum air putih sahaja.

3. Jangan Mandi selepas Makan – Sekiranya anda mandi selepas makan, ia boleh menyebabkan aliran darah pada tangan, kaki dan tubuh akan meningkat, manakala jumlah darah di bahagian perut dan sekitarnya akan menurun. Keadaan ini akan melemahkan sistem pencernaan perut anda.

4. Jangan Banyak Berjalan – jangan berjalan terlalu banyak selepas anda makan. Ini kerana berjalan terlalu banyak boleh mengakibatkan sistem pencernaan tidak dapat menyerap nutrisi daripada makanan yang telah dimakan. Jesteru, ambil masa anda untuk berehat beberapa minit sebelum meneruskan kerja harian anda.

5. Jangan Tidur Selepas Makan – Amalan tidur sebaik sahaja selesai makan boleh membahayakan sistem pencernaan anda. Ini kerana makanan tersebut tidak dapat dicerna dengan baik oleh sistem penghadaman ketika anda tidur. Jesteru, jarakkan masa makan dan tidur anda sekurang-kurangnnya satu atau dua jam.

6. Jangan Merokok Selepas Makan – Berdasarkan penelitian, menghisap sebatang rokok sahaja selepas makan kesannya sama dengan menghisap 10 batang rokok pada waktu lain. merokok sudah pasti membahayakan kesihatan anda. Justeru, langkah terbaik ialah berhenti merokok.

7. Jangan Bersenam selepas Makan – Bersenam baik untuk kesihatan dan diet anda. Namun, jangan sesekali melakukan senaman atau aktiviti riadah lain selepas anda makan. Ini kerana aktiviti fizikal secara drastik selepas makan akan menyebabkan sistem pencernaan tidak boleh berfungsi dengan baik. Oleh itu, jangan bersenam dengan keadaan perut yang penuh dengan makanan.

Kesihatan diri merupakan antara aspek utama ang dititikberatkan alam kepenggunaan. Ini kerana dengan kesihatan kida dapat membentu mental yang baik segaligus menjamin kelestarian kehidupan individu dan keluarga.

– Oleh Persatuan keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL)

Sumber : HarianMetro 16/4/14

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.