Air Terjun Lata Kinjang Chenderiang Perak





Air Terjun Lata Kinjang Chenderiang Perak. Perjalanan terakhir kami sebelum pulang ke Kuala Lumpur adalah Air Terjun Lata Kinjang Chenderiang Perak. Sebelum itu kami sempat mendaki Bukit Batu Putih Gopeng dan pekena Mee Kari Ani singgah sebentar sejukkan badan waktu tengahari di Gerai Aiskrim Kelapa Leleh.

Air Terjun Lata Kinjang Chenderiang Perak

Air Terjun Lata KinjangHanya menggunakan waze kami meneruskan perjalanan ke lata kinjang. Perjalanan mengambil masa 20 minit daripada Aiskrim Kelapa Leleh Kampar. Kenderaan seperti motorsikal dikenakan caj RM1, Kereta RM3 dan RM2 untuk setiap seorang yang ingin memasuki Lata Kinjang (kalau tak silap).

Sejarah nama Lata Kinjang
Menurut cerita warga tua lata kinjang, nama ‘kinjang’ berasal dari nama haiwan ‘kijang’ yang dulu banyak berkeliaran dikawasan ini. Orang Inggeris yang pernah datang memburu disini tersalah sebut nama ‘kijang’ yang berubah kepada ‘kinjang’ hingga nama lata kekal sampai sekarang.

Anda ada pilihan samada mandi di pintu masuk mahupun mendaki untuk mandi di air terjun terpulang pada anda. Sekiranya ingin mendaki jarak hanya dalam 10-15 minit mendaki (naik tangga ja) mengikut kemampuan anda. Nasihat saya kalau dah sampai baik daki je pelan-pelan sekiranya tak mampu anda pasti seronok melihat kecantikan air terjun.

Sekiranya anda perhatikan gambar diatas anda dapat lihat satu jambatan gantung terdapat di pertengahan air terjun sekiranya masih larat anda hanya memerlukan lebih kurang 5 minit untuk mendaki sampai ke jambatan gantung. Rugi mendaki separuh sekiranya tidak bergambar di jambatan gantung yang berada ditengah-tengah Air Terjun Lata Kinjang.

jambatan gantung lata kinjangtamat perjalanan kami bertiga seharian di PERAK

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.