Permohonan Online Rumah Impian Bangsa Johor Yayasan Sultan Ibrahim





Permohonan Online Rumah Impian Bangsa Johor Yayasan Sultan Ibrahim. e-Mohon Majlis Pra-Pelancaran Rumah Impian Bangsa Johor Yayasan Sultan Ibrahim telah diadakan di Galleria@Kotaraya, Johor Bahru pada 22hb Mac 2017 yang telah dihadiri oleh DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor dan DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

Permohonan Online Rumah Impian Bangsa Johor Yayasan Sultan Ibrahim

Rumah Impian Bangsa Johor Yayasan Sultan Ibrahim
kredit : FB JOHOR Southern Tigers

projek Rumah Impian Bangsa Johor hakmilik bebas unik itu akan dibangunkan di bawah naungan Yayasan Sultan Ibrahim dengan kerjasama Bank Rakyat.

 Harga rumah adalah dibawah RM100,000 seunit untuk sebuah banglo atau rumah berkembar dan Ia dibuka kepada semua Bangsa Johor yang layak.

Proses pemilihan akan dibuat secara teliti dan amat ketat agar mereka yang layak sahaja yang memilikinya. Pemohonan yang berjaya hanya perlu membayar RM1 sebagai deposit dan mereka akan ditawarkan pinjaman penuh dengan skim pembayaran yang mudah.

Skim rumah mampu milik ini adalah untuk rakyat Johor yang berkelayakan dan borang untuk mendapatkan skim tersebut boleh dilayari di www.yayasansultanibrahim.org.my

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.