YAHOO !! 24 April CUTI Hari Kelepasan Am Tambahan





YAHOO !! 24 April CUTI Hari Kelepasan Am Tambahan. Adalah dimaklumkan bahawa Kerajaan telah memutuskan supaya Hari Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V pada Isnin, 24 April 2017 diisytiharkan sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara.

YAHOO !! 24 April CUTI Hari Kelepasan Am Tambahan

cuti pertabalan agong

Pengisytiharan hari kelepasan am tambahan ini dibuat berdasarkan seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 [Akta 369] bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. Manakala bagi Sabah dan Sarawak, kerajaan-kerajaan negeri yang berkenaan telah diminta mengambil tindakan mengikut undang-undang negeri masing-masing.
(TAN SRI DR. ALI BIN HAMSA)
Ketua Setiausaha Negara

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.