Kad dan Ucapan Selamat Hari Guru Yang Menarik





Kad dan Ucapan Selamat Hari Guru Yang Menarik. Hari Guru disambut bagi meraikan penat lelah guru yang menyumbang tenaga dan masa mendidik semua anak murid dengan kesabaran dan kesungguhan sehingga berjaya. Tarikh Hari Guru disambut pada 16 Mei setiap tahun bagi meraikan guru-guru di Malaysia.

Kad dan Ucapan Selamat Hari Guru Yang Menarik

selamat hari guruGuru adalah insan yang mendidik, mendorong dan membimbing kita sehingga kita dapat mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang kehidupan. Guru ibarat pengganti kepada ibu bapa ketika di sekolah dan mereka merupakan ibu bapa kedua kepada anak murid.

Setiap tahun guru-guru terpaksa berpenat lelah memikirkan cara dan teknik baru untuk mendidik anak murid yang sentiasa berubah zaman dan budaya. Guru terpaksa mengikut aliran zaman agar ajaran mereka boleh diterima oleh anak murid.

kad selamat hari guruUcapan Selamat Hari Guru

– Guru umpama lilin yang membakar diri demi menerangi anak murid.
– Tanpa Tunjuk Ajar dan Ilmu dari mu belum tentu kita boleh melangkah sejauh ini.
– Guru bukanlah orang yang hebat akan tetapi semua orang yang hebat adalah berkat dari seorang GURU. Terima Kasih Cikgu
– Anda ibarat Sang Matahari yang mengirimkan cahayanya melalui bulan demi menerangi kami daripada kegelapan.
– Andalah wira kami, Yang menyampaikan ilmu kepada kami untuk melahirkan anak-anak bangsa yang berjaya.
– Kegigihan dan usaha dalam mendidik tidak akan kami lupakan.

Ucapan Selamat Hari GuruAntara Hadiah Hari Guru yang boleh diberi :

– Pen Menarik
– Tudung
– Buku
– Kek
– Kain Pelekat
– Jam
– Baju
– Tali Leher
– Bug/Cawan
– Bunga

Terima kasih kepada semua guru-guru yang mengajar dan mendidik anak murid dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh. Usaha anda tidak dapat dibayar dengan wang ringgit hanya Allah yang dapat membalasnya. Semoga diberkati dan bahagia selalu.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.