Tarikh dan Pilihan Hadiah Hari Ibu





Tarikh dan Pilihan Hadiah Hari Ibu. Sempena Tarikh Hari Ibu 2017 yang bakal tiba tidak lama lagi pasti ramai yang masih tercari-cari hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada ibu mereka. Disini saya kongsikan sedikit sebanyak hadiah yang boleh anda berikan kepada ibu anda sempena Hari Ibu pada 14 Mei ini.

Tarikh dan Pilihan Hadiah Hari Ibu

selamat hari ibu

1. Ucapan – Tiada yang lebih baik melainkan ucapan SELAMAT HARI IBU dari mulut anak-anak mereka. Ucapan yang penuh bermakna mampu mengalirkan air mata si ibu.

2. Kek – Antara yang paling mudah dan cepat bagi mereka yang sibuk. Kek dengan ucapan SELAMAT HARI IBU dan disambut bersama ahli keluarga pasti menarik walaupun nampak simple.

3. Makan Bersama – Bawa ibu dan family makan bersama di restoran atau lokasi menarik untuk makan besar sambil wish selamat hari ibu. Tidak perlu mewah cukup sekadar ahli keluarga meraikan hari ibu bersama.

4. Bunga – Tak perlu mahal cukup sekadar menyatakan anda ingat dan berterima kasih kepada ibu yang banyak berjasa membesarkan anda.

5. Pakaian/Barang – Anda boleh beli pakaian atau barangan seperti handphone/mesin kisar/sofa/periuk nasi (yang mana ibu anda dah lama berkenan) .

6. Handbag – Sekiranya ibu anda jenis yang suka keluar atau bergaya pasti mereka suka akan handbag baru. Lagi-lagi bag kenangan hari ibu.

7. Perfume – Perfume merupakan salah satu hadiah yang selalu menjadi pilihan hari ibu. Perfume dengan bauan yang menarik mampu mengamit memori dan mengingatkan kenangan hari ibu setiap kali ibu memakai perfume tersebut.

8. Jam Tangan – Walaupun nampak simple jam tangan mampu menjadi sentimental value terutamanya jam tangan yang diberikan oleh orang kesayangan mereka.

9. Cawan – Bagi mereka yang kekurangan bajet seperti student atau yang baru bekerja anda boleh beli cawan yang ditempah (RM 10-30) dengan ucapan selamat hari ibu cukup untuk menunjukkan anda menghargai mereka.

10. Masak Sendiri – Selalunya ibu yang masak apa kata hari ibu anda bersama ahli keluarga masak special untuk ibu anda dan makan bersama.

Selamat Hari Ibu kepada semua Ibu-ibu di DUNIA semoga ALLAH panjangkan umur dan berkati hidup anda semua. TERIMA KASIH

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.