Hukum Merasa Makanan Ketika Berpuasa Bagi Tukang Masak





Hukum Merasa Makanan Ketika Berpuasa Bagi Tukang Masak. Bagi mereka yang memasak untuk berbuka puasa ataupun berniaga tahukah anda hukum merasa makanan yang dimasak untuk berbuka puasa ? Baca Jawapan Mufti.

Hukum Merasa Makanan Ketika Berpuasa Bagi Tukang Masak

merasa makananJAWAPAN Merasa makanan adalah dibolehkan dengan dikecap di hujung lidahnya dan tidak membatalkan puasanya mengikut pendapat yang terpilih. Situasinya adalah seperti tukang masak atau surirumah yang sedang memasak di dapur. Ibn Abbas R. Anhuma berkata:

لاَبَأْسَ أَنْ يَذُوْقَ الخَلَّ أَوْالشَّيْءَ مَالَمْ يَدْخُلْ حَلْقَهُ وَهُوَصَائِمٌ

““Tidak mengapa seseorang yang sedang berpuasa mencicipi cuka atau sesuatu, selama tidak masuk sampai ke kerongkong.”

Ini hendaklah dalam kuantiti yang sedikit. Namun, tidak boleh menelannya kerana jika ditelan masuk bersama air liur, batallah puasanya.

Sumber  : MuftiWP

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.