Jadual Tarikh Pembayaran BR1M KETIGA 2017





Jadual Tarikh Pembayaran BR1M 2017. Daftar dan Kemaskini BR1M 2017 anda secepat mungkin sebelum Jadual Tarikh Pembayaran BR1M 2017. Tempoh permohonan BR1M 2017 telah dilanjutkan dari 1 Januari 2017 sehingga 13 Januari 2017.

Jadual Tarikh Pembayaran BR1M 2017

Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1MTarikh Pembayaran BR1M 2017 akan dibayar secara berperingkat sebanyak 1 kali bagi bujang dan 3 kali bagi Isirumah pada tahun 2017. Bagi yang masih belum mendaftar atau kemaskini online BR1M 2017 anda boleh berbuat demikian dengan segera sebelum 13 Jan 2017. Daftar dan Kemaskini BR1M 2017

Jadual Pembayaran BR1M 2017

RM 1,200
– Isi rumah berpendapatan bulanan RM 3,000 dan ke bawah
18 FEB – RM 400
5 JUN – RM 400
15 Ogos 2017 (Selasa) – RM 400

RM 900
– Isi rumah berpendapatan bulanan RM 3,001 – RM 4000
18 FEB – RM 300
5 JUN – RM 300
15 Ogos 2017 (Selasa) – RM 300

RM 450
– Individu berpendapatan bulanan RM 2,000 dan ke bawah
FEB – RM 450

Pembayaran peringkat ketiga BR1M 2017 akan dibuat mulai 15 Ogos 2017 (Selasa) secara berperingkat.

SYARAT KELAYAKAN
1. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
2. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah.
3. Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah.
4. Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
5. Penerima e-Kasih perlu membuat permohonan BR1M 2017.

Sebarang perubahan jadual pembayaran akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Semakan atau maklumat lanjut mengenai BR1M, sila hubungi talian bebas tol 1-800-88-2716 (BR1M) atau layari portal rasmi BR1M LHDNM, https://ebr1m.hasil.gov.my.

Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.
Penerima Kad Debit Pelajar TIDAK LAYAK untuk memohon BR1M 2017.

UPDATED

Pembayaran peringkat ketiga BR1M 2017 akan dibuat mulai 15 Ogos 2017 (Selasa) secara berperingkat.

1. Sempena menyambut ketibaan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh pada 25 Jun 2017, Kerajaan bersetuju agar pembayaran peringkat kedua BR1M 2017 dibuat mulai 5 Jun 2017 (Isnin). Pembayaran ini akan melibatkan penerima yang telah menerima BR1M 2017 semasa peringkat pertama tempohari.

Bagi permohonan rayuan pula, pembayaran dijangka akan dibuat pada 17 Jun 2017. Kerajaan berharap dengan pemberian BR1M ini dapat membantu rakyat membeli barangan keperluan dan persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.