Permandangan Pantai Penunjuk Kijal, Terengganu





Permandangan Pantai Penunjuk Kijal, Terengganu. Bulan lepas berkursus di cherating sempat juga singgah di pantai penunjuk, kijal yang terletak di terengganu untuk riadah petang. Rehat petang kitaorang dibenarkan untuk ke pantai untuk mengambil angin sebelum meneruskan kelas dan taklimat malam.

Permandangan Pantai Penunjuk Kijal, Terengganu

pantai penunjuk kijalPantai Penunjuk Kijal memang agak terkenal dengan permandangan yang indah terutamanya sewaktu berawan dan senja. Permandangannya cukup cantik dan menarik untuk dirakam bersama tersayang. Dekat dua jam disini sempat juga bergambar dekat 30 gambar.

Terdapat banyak batu-batuan ditepi pantai yang boleh kita panjat untuk bergambar akan tetapi perlu berhati-hati kerana dikelilingi batu batuan dan agak licin apabila hari hujan.

pantai penunjuk terengganuteringin sangat nak pergi ke batu hadapan tu tapi tak kesampaian sebab tengah berkursus so kena jaga adab sikit ala-ala berlakun sopan gitu ini pun sempat bergambar diatas antara batu paling tinggi disitu. Seram pun ada bila sorang-sorang duk panjat sini kawan-kawan taknak ikut.

pantai kijaltak sempat nak santai lagi tiba-tiba hujan turun terpaksa kelang kabut turun takut batu jadi licin dah susah nak turun. Takda kerja cari kerja kan dah jenuh nak turun batu tinggi tapi berbaloi-baloi bila dapat rakam gambar menarik untuk dijadikan simpanan.

Dalam jam 6 petang terus gerak ke bas pulang semula ke cherating untuk makan malam dan sambung berkursus. Esok sebelum balik sempat juga shopping keropok lekor di jeti sekitar terengganu untuk bawa pulang ke kuala lumpur.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.