Shopping di Freeport A'Famosa Outlet Melaka





Shopping di Freeport A’Famosa Outlet Melaka. Perkara pertama yang kitaorang buat bila sampai di melaka adalah shopping di Freeport A’Famosa Outlet Melaka yang terletak di Alor Gajah, Melaka, lebih kurang 147km from Kuala Lumpur. Korang boleh google or waze sahaja untuk lokasi Freeport A’Famosa Outlet Melaka ni.

Shopping di Freeport A’Famosa Outlet Melaka

Freeport A'Famosa Outlet Melakamengantuk tak hilang lagi balik dari kerja malam terus pulang rumah mandi dan packing terus menuju ke Melaka bersama keluarga nasib baiklah aku tak drive. Naik kereta sekejab ja terus tertidur mengantuk kerja shift malam. Sedar-sedar dah sampai Melaka jalan sekejab je dah sampai Freeport A’Famosa Outlet Melaka dalam jam 10 pagi. Tepat waktu operasi mereka buka. Alhamdulillah..

Terdapat pelbagai jenis dan jenama pakaian, bag, kasut dan macam-macam lagi yang dijual disini. Antara jenama yang ada di Freeport A’Famosa Outlet Melaka adalah adidas, kickers, Puma, Playboy, Levi’s, Body Glove, Toy World, Dapper, Carlorino,Sembonia, Nike dan pelbagai lagi.

A'Famosa Outlet Melakabila anak buah sibuk pilih mainan kau pula sibuk nak bergambar dengan dinasour. Nampak tak ? pantang ada peluang mesti nak selfie (vivo pakar selfie anda). Pastikan poket anda berisi kalau tidak cuci mata jela tengok pelbagai jenis barang dengan harga yang menarik.

Disebabkan kitaorang pergi hari jumaat masa untuk shopping sekejab sahaja (nasib baik kalau tidak habis kering poket). Singgah solat jumaat di masjid berhampiran dengan rumah sedara akak ipar. Habis solat jumaat terus gerak menuju ke bandaraya Melaka dimana terletaknya hotel kitaorang menginap.

Kitaorang pilih hotel murah yang terletak berhampiran dengan lokasi-lokasi menarik agar memudahkan perjalanan kitaorang untuk cuci mata. Kenapa hotel murah ? sebabnya kitaorang bukan nak duduk hotel pun kebanyakan masa kitaorang diluar jalan-jalan.

Lokasi kedua kitaorang lepas solat asar dihotel adalah The Shore Sky Tower Melaka. Nantikan..

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.