Sinopsis Live Drama Red Velvet





Sinopsis Live Drama Red Velvet. Full Episod Tonton atau download Live Drama Red Velvet. Drama yang adaptasi dari novel RED VELVET hasil Karya Acik Lana telah ditayangkan mulai 23 Oktober 2017. Setiap Isnin hingga Khamis 10pm di Slot MegaDrama Astro Ria & Ria HD. Lakonan Alif Satar, Neelofa & ramai lagi.

Sinopsis Live Drama Red Velvet

drama red velvetSinopsis Drama Red Velvet – Helena tidak mempedulikan tohmahan mahupun kata-kata nista orang sekeliling bila dia ingin berkahwin dengan Fareeq yang merupakan suami orang. Lantaklah! Janji dia bahagia. Malangnya, Fareeq tidak menepati janjinya untuk mengahwini Helena. Perbuatannya itu menyebabkan Helena kecewa setengah mati.

Dalam mengharungi kehidupannya yang huru-hara, Helena bertemu dengan Izzat yang sinis, ego, berlagak tak bertempat. Semua ini menambahkan kekusutan di kepala Helena. Baker bajet hot yang bekerja di bakeri cabuk itu sentiasa mencari pasal dengan Helena. Ada sahaja yang tak kena di matanya. Dan keadaan semakin tegang apabila keadaan memaksa Helena bekerja dengan Izzat di bakeri yang sama. Hinggalah… hati mereka bertaut dengan kasih. Namun, rahsia Helena terbongkar sewaktu mereka berdua asyik menyulam cinta. Macam mana bila lelaki yang anti homewrecker, berdepan dengan homewrecker itu sendiri?

“Mungkin dia tak sweet macam kek bergula, Tak berharta seperti putera raja, Tapi cintanya yang paling manis di jiwa.”

TAJUK : RED VELVET EPISOD : 20 episod TARIKH TAYANGAN : 23 Oktober HARI / MASA : Isnin-Khamis, 10.00 malam SIARAN : MegaDrama (Astro Ria & Ria HD)

WATAK PELAKON Alif Satar sebagai Izzat Neelofa sebagai Helena Hafidz Roshdi sebagai Fareeq Amira Othman sebagai Suhaila Alif Hadi sebagai Daniyal

Untuk episod-episod red velvet korang boleh search terus di facebook atau youtube keyword “red velvet 1” 1 untuk episod. Banyak page yang telah update di fanpage untuk episod episod lepas.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.