Biodata Dato Seri Mukhriz Mahathir





Biodata Dato Seri Mukhriz Mahathir.  Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Dato’ Seri Mukhriz Mahathir sekali lagi dilantik sebagai Menteri Besar Kedah selepas Pakatan Harapan berjaya menawan negeri Kedah dan Kerajaan pada PRU 14 baru-baru ini.

Biodata Dato Seri Mukhriz Mahathir

mukhriz mahathir
kredit : kedah.gov.my

Dato Seri Mukhriz Mahathir yang juga anak kepada Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menjawat jawatan Menteri Besar Kedah pada 2013 sebelum meletak jawatan pada 2016 dan digantikan dengan Ahmad Bashah. Kini sekali lagi Mukhriz Mahathir dilantik semula sebagai Menteri Besar Kedah.

Biodata Menteri Besar Kedah Dato Seri Mukhriz Mahathir
Nama : YAB. DATO’ SERI HJ. MUKHRIZ TUN MAHATHIR
Tarikh Lahir : 25 November 1964
Tempat Lahir : Alor Setar, Kedah
Isteri : Datin Seri Norzieta Zakaria
Anak : 4 orang
Pendidikan : Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kota Bharu (Sekarang MRSM Pengkalan Chepa)
– Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan, Universiti Sophia, Tokyo Jepun.
– Ijazah Sarjana Muda Pemasaran, Universiti Boston, Amerika Syarikat.

dato seri mukhriz mahathir
kredit : bigdogdotcom.wordpress.com

Penglibatan Politik :
– Exco Pemuda UMNO (2004-2008)
– Ahli Parlimen Jerlun (2008-2013)
– Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (2009 – 2013)
– Ketua UMNO Bahagian Jerlun (2013 – 2016)
– ADUN Ayer Hitam (2013 – 2018)
– Menteri Besar Kedah (2013 – 2016)
– Timbalan Presiden PPBM (2016 sehingga kini)
– Naib Presiden Pakatan Harapan (2017 sehingga kini)
– Pengerusi Pakatan Harapan Kedah (2017 sehingga kini)

Sumber : Kosmo 12/5/18

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.