Wanita Dicerai Didalam Panggung Wayang Gara Bertih Jagung





Wanita Dicerai Didalam Panggung Wayang Gara Bertih Jagung. Seorang wanita diceraikan oleh suaminya gara-gara meletakkan garam di dalam bertih jagung mereka sebelum menonton wayang di sini baru-baru ini.

Wanita Dicerai Didalam Panggung Wayang Gara Bertih Jagung

popcorn pawagam
gambar hiasan
kredit : http://www.karangkraf.com

Kejadian berlaku apabila lelaki berkenaan mengingatkan isterinya yang sedang beratur di kaunter jualan supaya tidak meletakkan garam di dalam bertih jagung sebelum mereka masuk ke panggung.

Bagaimanapun isterinya tidak mengendahkan permintaan tersebut berpendapat dia yang membeli makanan ringan berkenaan. Apabila suaminya mengetahu perkara itu dia mendakwa isterinya tidak setia dengannya sebelum memutuskan untuk bercerai dan keluar dari panggung wayang tersebut.

Menurut polis, wanita itu telah menghubungi polis sebaik selesai menonton wayang berseorangan bagi meminta bantuan berikutan suaminya enggan membenarkan dia memandu untuk pulang ke rumah.

Wanita itu pula enggan membenarkan suaminya memandu kerana dia akan memandu laju ketika marah. Tetapi kita tidak boleh campur tangan apabila lelaki itu enggan membenarkan isterinya memandu kata polis lagi.

Isteri lelaki tersebut juga memberitahu polis bahawa dia tidak pernah dicederakan oleh suaminya sebelum ini.

kredit : Kosmo 20/6/18

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.