Isteri Lelong Suami di eBay





Isteri Lelong Suami di eBay. Seorang isteri di jerman mahu menjual suami sendiri menerusi laman eBay kerana berasa bosan dengan sikap negatif pasangannya itu sejak mereka berkahwin kira-kira tujuh tahun lalu.

Isteri Lelong Suami di eBay

Wanita itu yang berusia 40 tahun membuka satu bidaan serendah RM85 dan memilih label barangan terpakai menerusi satu iklan pada laman eBay baru-baru ini.

Kepada Wanita yang berminat, saya mahu menyerahkan suami (saya). Harga boleh dibincangkan tetapi tidak boleh dikembalikan. Sila hantar pertanyaan anda melalui emel.

Akhbar melaporkan wanita itu menerima banyak maklum balas positif berkait iklan itu tetapi tiada pihak berminat untuk membeli suaminya. Akhbar sama turut menjelaskan bahawa wanita itu cuma bergurau dan suaminya tidak mengetahui perkara itu sehingga ia disiarkan di dalam sejumlah surat khabar.

kredit : kosmo

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.