Permohonan RM1000 Tabung Khas Wanita Negeri Kedah





Permohonan RM1000 Tabung Khas Wanita Negeri Kedah. Terbaru Kerajaan Negeri Kedah akan memberikan sumbangan khas wanita bernilai maksimum Rm1,000.00 secara one-off kepada mereka yang berkelayakan bagi membantu wanita di kedah sedikit sebanyak mengurangkan beban mereka.

Permohonan RM1000 Tabung Khas Wanita Negeri Kedah

Tabung Khas Wanita Negeri Kedah ini tidak memberlukan pembayaran semula. Antara Objektif Tabung Khas Wanita Negeri Kedah adalah :

  • Bantuan Kewangan ini menandakan keprihatinan kerajaan negeri dalam membantu golongan wanita kurang berkemampuan.
  • Membantu wanita yang dilanda musibah, bencana atau kesimpatan hidup sebagai ketua keluarga
  • Membantu golongan wanita terutamanya yang ingin memajukan perniagaan kecil atau perusahaan di rumah secara kecil-kecilan bagi meningkatkan taraf ekonomi mereka.

Antara SYARAT UTAMA permohonan adalah :

  1. Ditinggalkan suami.
  2. Ibu tunggal.
  3. Menjaga ibu/bapa/penjaga yang sakit terlantar.
  4. Menjadi ketua isi rumah disebabkan suami sakit terlantar dan hilang punca pencarian.
  5. Tidak berkahwin tetapi mempunyai anak peliharaan @ tanggungan.
  6. Keperluan bantuan kewangan bagi meningkatkan aktiviti ekonomi bagi menambah pendapatan keluarga.
  7. Ditimpa musibah atau bencana.
  8. Lain-lain nyatakan.

Download : BORANG PERMOHONAN TABUNG KHAS WANITA NEGERI KEDAH

Atau layari laman sesawang Portal Rasmi Kerajaan Negeri Kedah

Pertanyaan boleh di buat di :

Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah
Aras 4 Blok B, Wisma Darul Aman,
05503 Alor Setar, Kedah Darul Aman, Malaysia
☏ +604 774 4000 | 📠 +604 774 4166

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.