Tempat Menarik Wajib Singgah di Terengganu 2019





Tempat Menarik Wajib Singgah di Terengganu 2019. Beberapa hari lepas berpeluang untuk singgah sendiri menikmati percutian di Negeri Terengganu Darul Iman yang mana perjalanan daripada Kuala Lumpur mengambil masa 5 jam memandu.

Tempat Menarik Wajib Singgah di Terengganu 2019

Percutian ini memenuhi kehendak adik yang ingin bercuti di negeri Terengganu yang mana beliau tidak pernah jejakkan kaki di Terengganu. Bermula daripada hari sabtu 13 Julai 2019 perjalanan kami bermula selepas subuh sehingga hampir waktu zohur di Kuala Terengganu. Menetap di Bandar utama merupakan salah satu idea terbaik apabila kita bercuti.

Di Bandar utama terdapat pelbagai tempat menarik dan makanan yang sedap untuk dicuba. Dibawah ini saya sertakan tempat menarik yang wajib anda singgah atau cuba apabila tiba di Terengganu.

Tempat Menarik Wajib Singgah di Terengganu 2019

1.Drawbridge Terengganu – Tarikan baru yang terdapat di Terengganu. Drawbridge merupakan Jambatan yang pertama di Asia Tenggara sepanjang 638 meter bernilai RM248 juta menghubungkan antara Kuala Terengganu dan Kuala Nerus .

2. Pantai Seberang Takir – Antara pantai yang viral baru-baru ini. Pantai Seberang Takir dikatakan mirip atau hampir serupa dengan pantai miami. Terletak di lokasi yang terkenal dengan celup tepung dan keropok lekor.

pantai seberang takir

3. Masjid Kristal – Terletak di Taman Tamadun Islam, Masjid Kristal antara lokasi wajib singgah terutamanya bagi mereka yang beragama islam. Keindahan masjid ini dan rekabentuknya membuatkan ramai yang terpukau.

masjid kristal

4. Pasar Payang Kuala Terengganu. Pasar terbesar di Kuala Terengganu yang menjual pelbagai hasil dan buatan anak terengganu. Terdapat pelbagai jenis makanan dan pakaian serta cenderahati yang dijual disini. Katanya akan berpindah ke lokasi bersebelahan bangunan baru.

5. Pulau Redang – Antara pulau yang menjadi pilihan bagi mereka yang inginkan ketenangan. Permandangan yang menarik dan turtle yang besar dan banyak (snorkeling + RM35-40) Pakej percutian 3h2m RM300-400 bergantung pada tempat penginapan.

pulau redang

6. Pulau Perhentian Kecil / Besar – Terbahagi kepada 2 pulau. Pulau perhentian kecil terkenal dengan long beach meriah waktu pagi dan malam, manakala pulau perhentian besar lebih kepada private sedikit.

pulau perhentian kecil

7. Pulau Kapas – Sekiranya singgah pulau kapas jangan lupa hiking di bukit singa yang terkenal tapi perlu berhati-hati apabila mendaki lokasi curam. Pastikan pergi berkumpulan ataupun guide.

bukit singa pulau kapas

8. Nasi Dagang Atas Tol Tepi Kubur. Nama pun dah seram tapi memang nama ini benar. Lokasi nasi dagang ini terletak di kampung atas tol dan terletak betul-betul sebelah kubur. Nasi dagang ini memang terkenal dan sedap. Pagi-pagi seawal 8 pagi dah ramai orang beratur. Rugi tak try.

nasi dagang atas tol tepi kubur

9. Gerai Kuih, Gong Kapas – Bagi peminat kuih anda wajib kesini. Disini terdapat lebih daripada 30 jenis kuih muih yang dijual. Boleh rambang mata tengok sampai taktau nak beli yang mana satu.

Gerai Kuih, Gong Kapa

10. Roti Paung Che’ Wan – Roti jenis ni tak terdapat di tempat lain hanya di terengganu kita akan nampak roti paung ini tapi yang paling pemes katanya roti paung che wan. Inti kacang merah dan planta. Waktu operasi tengahari.

Roti Paung Che' Wan

11. Haji Pok Long ICT (Ikan Celup Tepung) – Terletak bersebelahan dengan pantai seberang takir Haji Pok Long ICT antara yang terkenal dan menjadi pilihan pengunjung untuk mencuba makanan celup tepung. Udang dan sotong yang digunakan fresh dan makanan panas-panas.

Haji Pok Long ICT (Ikan Celup Tepung)

12. Bukit Kluang – Sekiranya anda kaki hiking anda wajib singgah sini untuk mendapatkan permandangan yang menarik dan indah.

13. Masjid Abidin (Masjid Putih)

14. Masjid Terapung

15. Muzium Negeri Terengganu

16. Bukit Panorama

17. Pantai Batu Buruk

18. Pantai Bukit Keluang

Selain Itu Anda juga boleh melihat Tempat Menarik di Melaka

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.