Seorang Individu Ditahan Untuk Membantu Siasatan Menyebar Berita Palsu Wabak Novel Coronavirus





Seorang Individu Ditahan Untuk Membantu Siasatan Menyebar Berita Palsu Wabak Novel Coronavirus. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan seorang suspek yang disyaki menyebarkan kandungan berita palsu mengenai penularan wabak Novel Coronavirus (2019-nCov) pada 28 januari 2020.

Seorang Individu Ditahan Untuk Membantu Siasatan Menyebar Berita Palsu Wabak Novel Coronavirus

penjara
penjara

Suspek berumur 34 tahun ini telah ditahan dikediamannya di Bangi, Selangor pada jam 4 petang, selasa bagi membantu siasatan terhadap satu kandungan yang dimuat naik di laman facebook pada 26 januari 2020.

Turut dirampas adalah telefon bimbit dan kad sim milik suspek yang dipercayai digunakan untuk memuatnaik kandungan tersebut di laman facebook terbabit.

Suspek disiasat dibawah seksyen 233 akta komunikasi dan multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi tempoh 1 tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

berita palsu
berita palsu

kredit : FB MCMC

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.