KKM Minta Tangguhkan Perhimpunan Yang Melibatkan Ramai Orang





KKM Minta Tangguhkan Perhimpunan Yang Melibatkan Ramai Orang. Itali mencatatkan peningkatan kes dan kematian yang tinggi selepas China. Di Malaysia pula, kes semasa meningkat setiap hari. KKM mohon kerjasama, kepercayaan dan sokongan orang ramai untuk sama-sama mencegah penularan wabak COVID-19.

KKM Minta Tangguhkan Perhimpunan Yang Melibatkan Ramai Orang

covid-19

Terkini, Sembilan (9) kes baru positif COVID-19 dilaporkan pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes positif di Malaysia sebanyak 158 kes. Manakala enam (6) kes telah pulih dan dibenarkan pulang. Dengan ini, 32 kes telah pulih dan discaj dari wad.

Terdapat tiga (3) kes yang dirawat di Unit Rawatan Rapi yang memerlukan bantuan alat pernafasan dan keadaan mereka stabil.

KKM menggesa agar :
1. semua perhimpunan yang melibatkan orang ramai (mass gathering) ditangguhkan bagi mencegah kemungkinan jangkitan COVID-19.

2. menjarakkan diri (social distancing) sekurang-kurangnya satu meter bila berhadapan dengan individu lain.

3. tidak melancong ke negara-negara yang sedang mengalami wabak jangkitan COVID-19.

4. tidak melawat kawasan-kawasan lain di Malaysia semasa cuti sekolah, jika sekiranya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.