Semak Status dan Cara Memohon Bantuan PRIHATIN Nasional (BPN)





Semak Status dan Cara Memohon Bantuan PRIHATIN Nasional (BPN) Covid-19. Seperti yang dijanjikan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN berjumlah RM250 Billion akan memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia. Daripada jumlah ini. RM 128 bilion disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat, RM100 bilion untuk menyokong perniagaan termasuk perusahan kecil dan sederhana (PKS) dan RM2 bilion untuk memperkukuh ekonomi negara. Manakala sebanyak RM20 bilion telah diumumkan dalam pakej rangsangan sebelum ini.

Semak Status dan Cara Memohon Bantuan PRIHATIN Nasional (BPN)

pakej rangsangan ekonomi PRIHATIN Covid-19

Pakej Bantuan Prihatin Nasional (BPN) ini akan menyediakan bantuan segera untuk meringankan beban yang ditanggung oleh anda semua. Anda semua akan menikmati manfaat daripada pakej rangsangan ekonomi yang peduli rakyat ini.

Seperti yang saya sebutkan, tiada golongan yang akan tercicir. No one will be left behind. Keutamaan kerajaan pada waktu ini adalah untuk membendung penularan wabat Covid-19.

Antara bantuan-bantuan yang dinyatakan oleh Perdana Menteri termasuklah yang ditunggu-tunggu rakyat

1.Bantuan RM1,600 kepada hampir 4 juta isi rumah berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah.

2.Bantuan RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 sebulan

3.Bantuan RM800 kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah

4.Bantuan secara one-off sebanyak RM200 seorang kepada pelajar institusi pengajian tinggi yang ketika ini turut terkesan

5.Bantuan tunai RM500 kepada lebih 1.5 juta penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk mereka yang bekerja secara kontrak. Bayaran akan dibuat pada bulan April 2020

6.Bantuan RM500 secara one-off kepada lebih 850,000 pesara Kerajaan juga pada bulan April 2020

7.Penangguhan bayaran balik pinjaman kepada peminjam Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran mulai 1 April 2020 hingga 30 September 2020. Inisiatif ini akan memanfaatkan seramai 174,500 peminjam.

8.Kerajaan akan bekerjasama dengan NGO, persatuan dan usahawan sosial yang berkaitan untuk menyalurkan bantuan makanan, barangan penjagaan kesihatan dan tempat perlindungan dengan peruntukan sebanyak RM25 juta #prihatinrakyat

9.Bayaran penggantian pendapatan sebanyak RM50 sehari bawah MySalam, turut dipanjangkan kepada golongan B40 yang dikuarantin sebagai pesakit di bawah siasatan (PUI)

10.Pengecualian pembayaran sewa bagi PPR dan Perumahan Awam selama 6 bulan

11.Kerajaan bersama TNB akan menambah peruntukan RM530 juta untuk diskaun berperingkat antara 15% hingga 50% mengikut penggunaan kadar elektrik dengan had maksimum 600 kW sebulan bagi tempoh enam bulan mulai bil bulan April 2020 #prihatinrakyat

12.Antara pakej khas yang akan ditawarkan syarikat-syarikat komunikasi adalah internet percuma kepada semua pelanggan dengan nilai RM600 juta bermula 1 April 2020 selama tempoh pelaksanaan PKP #prihatinrakyat

Dan lain-lain bantuan boleh rujuk text penuh ucapan PM

Ramai yang tertanya-tanya cara memohon bantuan yang YAB Perdana Menteri umumkan. JANGAN TERPEDAYA DENGAN TIPU SCAMMER.

Kaedah pelaksanaan seperti Permohonan, Pembayaran dan Semakan Status Bantuan Prihatin Nasional akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

UPDATED : PERMOHONAN AKAN DIBUKA 1 APRIL

Penerima BSH sedia ada 2019-2020 mahupun yang sedang dalam kemaskini atau pembayar cukai sedia ada yang mengemaskini maklumat cukai melalui e-filing TIDAK PERLU MEMOHON kerana data telah ada dalam simpanan mereka.

Berkenaan Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) akan dibuat dalam dua fasa iaitu pada akhir bulan April dan Mei 2020.

Semakan Status Boleh dibuat di Portal Rasmi Berikut :
Bantuan Sara Hidup (BSH) : https://bsh.hasil.gov.my tiada sebarang urusan akan dibuat di kaunter sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.