Resepi Puding Roti Karamel Mudah dan Cepat









Resepi Puding Roti Karamel Mudah dan Cepat. Bila musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni macam-macam resepi keluar dan terasa nak cuba satu per satu untuk isi perut yang sentiasa lapar. Dan yang terbaru dikongsikan Resepi Puding Roti Karamel untuk dicuba warga media sosial.

Resepi Puding Roti Karamel Mudah dan Cepat



Resepi Roti Puding Karamel ini telah dikongsikan oleh facebook Rohaya Hassan‎ dalam masa 2 jam telah mendapat 600 lebih perkongsian dan lebih 900 like di laman facebook.

Cara Memasak Resepi Roti Puding Karamel

  1. Masukkan gula 3 sudu besar dlm loyang sz6 masak atas dapur api slow ja.. sampai cair dan jadi perang


2. Rata kan gula karamel tadi dengan cara sengetkan loyang ke kiri ke kanan…..biar dia sejuk dan beku,



3. Blend halus smua bahan2 ni 👇
– Susu pekat 1 cawan
– Susu cair 1 tin
– Roti gardenia 4 keping
– Telor 3 bji
– Eswn vanila 1 sudu



4. Masokkan bahan blend tadi atas gula karamel yg dah beku tu.. dan boleh la kukus 30 minit api sedang2 jer.. jangan kuat sgt..


dan akhirnya siap untuk dimakan bersama keluarga anda.

kredit : Rohaya Hassan

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.