Status Pelarian Rohingya di Malaysia - KDN





Status Pelarian Rohingya di Malaysia – KDN. Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil maklum akan kegusaran awam yang timbul berhubung pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) daripada etnik Rohingya.

Status Pelarian Rohingya di Malaysia – KDN

pelarian rohingya
kredit gambar : Metro

Sehingga Mac 2020, terdapat seramai 179,521 pemegang kad UNHCR yang tinggal secara sementara di Malaysia. Daripadajumlahh tersebut 56.6%atau 101,584 orang adalah daripada etnik Rohingya.

Dalam hal ini, KDN ingin menegaskan bahawa Malaysia adalah bukan Negara Pihak kepada Kovensyen Status Pelarian 1951 atau Protokol Status Pelarian 1967 sekaligus tidak mempunyai rangka kerja perundangan atau pentadbiran yang mengawal status dan hak pelarian di negara ini.

Oleh yang demikian, kerajaan tidak mengiktiraf status pelarian dan telah mengklasifikasikan mereka sebagai Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang memegang kad UNHCR.

Namun begitu atas dasar kemanusian, Kerajaan telah membenarkan PATI yang memegang kad UNHCR untuk tinggal sementara di negara ini sebelum ditempatkan di negara ketiga oleh UNHCR menerusi dasar satu kes ke satu kes.

Selain itu, hasil semakan KDN mendapati Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) tidak perna mendaftarkan pertubuhan atas nama Rohingya atau mana-mana etnik Rohingya di Malaysia.

Jesteru, mana-mana pertubuhan yang mewakili etnik Rohingya di Malaysia adalah tidak sah dibawah Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) dan boleh diambil tinddakan mengukut lunas undang-undang.

Oleh yang demikian, pemegang kad UNHCR daripada etnik Rohingya tidak mempunyai sebarang status, hak dan asas untuk mengemukakan sebarang tuntutan kepada kerajaan.

status pelarian rohingya di Malaysia
status pelarian rohingya di Malaysia

kredit : Kementerian Dalam Negeri (KDN)

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.