Tarikh Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional BPN





Tarikh Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional BPN. Merujuk kepada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihati Rakyat bernilai RM250 bilion yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 27 Mac 2020 dan Siaran Media Kementerian Kewangan mengenai Bantuan Prihatin Nasional (BPN) bertarikh 29 mac 2020.

Tarikh Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional BPN

Bantuan Prihatin Nasional BPN

Dalam pengumuman awal, BPN dirancang untuk dibayar pada penghujung bulan April 2020. Jumlah keseluruhan BPN sebanyak RM9.24 bilion akan dibayar dalam dua fasa.

Sukacita dimaklumkan, bagi fasa pertama BPN pakej PRIHATIN, 8.3 juta penerima isi rumah dan individu bujang sudah diluluskan. Pembayaran fasa pertama ini yang berjumlah Rm5.63 bilion akan dibuat secara berperingkat mulai 6 April 2020 (Isnin).

Rakyat dinasihatkan agar berhati-hati dengan scammers yang semakin berani mengambil peluang menipu orang awam yang memerlukan bantuan Pakej Prihatin ini agar tidak memberikan maklumat kepada mana-mana pihak yang tidak dikenali.

tarikh pembayaran BPN

Tempoh permohonan baru dan rayuan BPN akan mula dibuka pada 1-30 April 2020. Bagi memastikan BPN sampai kepada mereka yang benar-benar layak, proses semakan atas permohonan baharu dan rayuan akan dibuat dan bagi mereka yang diluluskan bayaran akan dibuat pada bulan mei 2020.

Sebarang permohonan dan semakan boleh dibuat di laman sesawang Bantuan Prihatin Nasional / BSH

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.