Hanya Tinggal 191 Kes Aktif di Malaysia





Hanya Tinggal 191 Kes Aktif di Malaysia. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 23 pesakit telah sembuh dan discaj hari ini menjadikan kadar kesembuhan meningkat kepada 96.37% iaitu sebanyak 8294 kes.

Hanya Tinggal 191 Kes Aktif di Malaysia

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Buat pertama kalinya sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, kes aktif adalah kurang daripada 200 pada hari ini iaitu sebanyak 191 kes dicatatkan.

6 kes baharu (5 kes import dan 1 kes tempatan). Satu kes melibatkan warga Russia. Tiada kematian baharu dilaporkan hari ini. Jumlah kekal 121 kematian. (1.41%).

PERINCIAN KES IMPORT (5 KES)

SELANGOR – 2 KES
1 kes dari Russia; lelaki, 44 tahun warga Russia merupakan seorang juruterbang dan dibenarkan masuk Malaysia atas urusan kerja. Kes dikesan positif RTK-Ag, bergejala dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.
1 kes balik dari London; Perempuan, 65 tahun warganegara positif RTK-Ag, tidak bergejala dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

JOHOR – 2 KES
1 kes import balik dari Indonesia; Perempuan, 37 tahun warganegara balik melalui Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) Stulang Laut, Kes positif RTK-Ag, tidak bergejala dan dimasukkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK)
1 kes import balik dari Singapura; Lelaki, 29 tahun warganegara bekerja sebagai pengawal keselamatan dan balik melalui Kompleks Sultan Abu Bakar. Kes positif RTK-Ag, tidak bergejala dan dimasukkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK)

KEDAH – 1 KES
1 kes import balik dari Thailand; Lelaki 12 tahun warganegara dikesan positif RTK-Ag di PMA Bukit Kayu Hitam, tidak bergejala dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah.

PERINCIAN KES TEMPATAN (1 KES)

b) 1 kes saringan tempat kerja; Perempuan, 21 tahun. Kes dikesan positif RTK-Ag, bergejala dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Terowong sanitasi/ sanitation tunnel/Disinfection box/Booth?

1. Tiada bukti saintifik dan klinikal keberkesanannya untuk membunuh kuman.

2. Bahan kimia yg digunakan boleh memudaratkan selaput badan spt mata dan mulut.

3. KKM tidak mengalakkan penggunaannya.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.